SIAPA SEBENARNYA YANG PUTUSKAN? BERSATU CAKAP MEREKA SUDAH PUTUSKAN!



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan menentukan ketetapan mengenai status enam Ahli Parlimen Bersatu mengikut peruntukan sedia ada dalam Akta Antilompat Parti 2022 dan Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya pada masa ini masih menunggu keputusan Johari jika notis pengosongan enam kerusi itu dibawa ke sidang Dewan Rakyat, akhir bulan ini. “Kita serahkan (perkara ini) kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat dan tunggu persidangan Parlimen pada (hujung) bulan ini,” katanya. Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat hari ini. Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keahlian wakil rakyat partinya yang tidak mematuhi arahan kepemimpinan terhenti serta-merta. Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, dilapor berkata parti tersebut akan menghantar notis kekosongan kerusi selepas keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) digugurkan secara automatik, akhir bulan lalu.




No comments:

Post a Comment