RINGKASAN BERITA SEHARI DUA INI-MSO


 Ringkasan Berita Sehari Dua Ini.


SUAMI HANNAH YEOH DISIASAT


SUAMI Hannah Yeoh yang mengusahakan perkhidmatan percuma program Transit Responsif Atas Permintaan (DRT)di negeri Selangor cuba dikaitkan dengan rasuah. Perolehan atau tawaran projek berkenaan kononnya ada elemen rasuah.


Hannah Yeoh mengalu alukan siasatan terhadap suaminya agar orang ramai tahu kedudukan sebenarnya. Memanglah bila sudah heboh maka siasatan perlu dijalan apa lagi kalau ada maklumat terbaru disebalik pemberian projek berkenaan. Tiada ada perlindungan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan dalam negara ini hatta suami atau isteri vvip.


***


IBUBAPA ANAK AUTISME DIREMAN


Ibubapa seorang kanak kanak autisme ditahan polis dan disaat di bawah kanun keseksaan seksyen 302. Penahanan reman dan siasatan terhadap kedua orang tua Allahyarham Zayn Ryyan itu mengejutkan. Biarlah polis selesai menjalankan siasatan dan kita tunggu hasilnya nanti.


Kebenaran itu akan menjelma apabila hilang kebatilan, ia seperti kereta apai malam meskipun lewat ia tetap akan tiba di setesen terakhir.


***


KG SETINGGAN DIROBOH


Perobohan rumah setinggan di kampung Seri Makmur Gombak telah dimanipulasikan sebagai isu politik. Macam macam cerita disebalik tindakan kerajaan Selangor meroboh dan menghalau kira kira 21 keluarga yang menduduki tanah itu secara haram sejak berpuluh tahun lalu.


Pemanipulasi isu oleh pembangkang menyebabkan tindakan untuk kesejahtraan dan pembangunan negeri itu dianggap sebagai satu penganiyaan dan kezaliman. Orang kita berpolitik kadang kadang melewati batas kebenaran dan haq. Apakah politik masih lagi relevan di negara ini?


Cerita yang direkayasa kononnya perobohan itu turut sama tidak menghirau Quran disebuah surau berkenaan. Zalim sangatlah mereka yang melakukan pemusnahan itu sekiranya dia beragama Islam sampai tidak reti menghormati kitab suci? Benarkah apa yang dinukilkan itu?


***


OKU KENA PUKUL


Isu seorang OKU kena pukul oleh pengiring seorang Raja juga jadi hangat dan mendapat perhatian berbagai pihak. Pihak yang simpati dan hendak membela OKU berkenaan, seorang pemandu e-hailing, bertindak tanpa usul periksa secara semborono menyalahkan pengiring berkenaan. 


Yang pastinya walaupun sebiji batu itu boleh mengeluarkan haba ia tidak akan boleh mengeluarkan api jika tidak ada batu atau alat kedua yang melagakannya. Si pengiring itu tentu ada alasan untuk dia guna keegoaanya sebagai pengiring Raja untuk bertindak.


Disebalik kegedebelan si pengiring itu tentu juga ada salah driver e-hailing berkenaan, cuma siapa yang salah besar dan siapa yang salah sikit, itu yang tidak dapat dipastikan. Kecacatan seseorang bukan periority dia dilihat sebagai benar.


Kehangatan isu isu berkenaan kerana sensitif rakyat negara ini dalam semua hal. Sampah pun dilihat besar dan penting. Trims.