Meluangkan masa selama lebih satu jam setengah bertemu dan berdialog dengan tujuh Sasterawan Negara di Seri Perdana petang tadi untuk mendengar sendiri keluhan, teguran dan pandangan terkait usaha pemerkasaan seni, budaya dan sastera di negara kita.
Alhamdulillah, kami berdialog panjang dan pelbagai idea bernas dilontarkan oleh para sasterawan, antaranya mewujudkan Majlis Sastera Nusantara sebagai wadah pertukaran idea antara negara-negara nusantara dan merancakkan usaha penterjemahan, selain mempertimbangkan peranan atase kebudayaan.
Turut dicadang menjadikan kawasan sekitar Jalan Belfield dan Jalan Bukit Petaling yang menempatkan pejabat Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Rumah Pena serta Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai lokasi tumpuan dan pertembungan kegiatan sastera, bahasa dan kebudayaan.
Diskusi ini turut menyinggung soal pembelajaran dan pengajaran karya-karya agung sastera tempatan dan dunia, di samping peranan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam memastikan program asasi, diploma dan ijazah pertama berkaitan sastera diberi penekanan lebih mendalam.
Saya turut menyarankan karya-karya agung Sasterawan Negara diterbitkan dalam bentuk yang lebih menarik untuk dijadikan cenderahati kepada tetamu-tetamu Kerajaan dan ia juga boleh diedarkan di Kedutaan-Kedutaan Malaysia di luar negara untuk dijadikan bahan bacaan awam.
Saya amat menghargai wacana bersama para Sasterawan Negara serta idea-idea yang dikemukakan. Insya-Allah Kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap usaha mengangkat martabat seni, budaya dan sastera negara selaras ikhtiar yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI.
#MalaysiaMADANI
===========
I had the pleasure of spending over an hour and a half in dialogue with seven National Laureates at Seri Perdana, discussing the empowerment of arts, culture, and literature in our country.
Our extensive conversation yielded numerous brilliant ideas, including the creation of a Nusantara Literature Council, the role of cultural attachés, and transforming the area around Jalan Belfield and Jalan Bukit Petaling—home to the offices of the National Writers Association of Malaysia (GAPENA), Rumah Pena, and the Dewan Bahasa dan Pustaka—into a vibrant hub for literary, linguistic, and cultural activities.
I deeply appreciate the discourse with our National Laureates, and the government will seriously consider efforts to elevate the status of our nation’s arts, culture, and literature in line with the initiatives outlined in the Malaysia MADANI vision.
#MalaysiaMADANI