PENJELASAN TEPAT, SARANAN TUNTAS DR MUJAHID


 PENJELASAN TEPAT, SARANAN TUNTAS DR MUJAHID. 




Penjelasan dan cadangan Timbalan Presiden Amanah Dr Mujahid Yusuf berhubung isu penjualan saham MAHB kepada Gobal Infrastructure Partners (GIP) saya kira sangat mantap, jelas yang perlu dihayati dengan fikiran terbuka oleh semua orang, terutamanya pembangkang. 


Marilah kita menghayati dan praktikkan politik yang berfakta, benar lagi haq, bukan politik persepsi penuh dengan emosi dan kedegilan. Berfikirlah untuk kejernihan dan kebaikan demi bangsa negara.


Dalam satu hantaran di Tiktok Dr Mujahid menjelaskan kekeliruan dan tanggapan salah mengenai penjualan saham MAHB oleh GIP yang dikaitkan dengan Blackrock yang dibawa secara salah. 


Boleh saya fahami dengan penjelasan Mujahid itu, bahawa ramai kalangan kita gagal memahami kedudukan sebenar berhubung isu tersebut.


Tidak silap mereka kalau berlaku demkian kerana mereka itu daif dalam memahami perkara ini ditambah malas pula untuk cuba memahaminya. 


Kebetulan pula agensi penerangan dan para progandis kerajaan gagal memainkan peranannya. Dalam kata lain agensi komuniskasi kerajaan gagal memainkan tanggungjawab. Pihak media PMO adakah buat taklimat khas kepada para pemain media. Pengarah Media PMO masih dalam selimut khayalan sambil beronani.


Saya tidak pasti apakan individu bertanggungjawab dalam memberi pencerahan dan juga penjelasan mengenai isu ini dibuat atau pun tidak. Entah-entah indvidiu berkenaan sendiri tidak memahami tentang perkara ini.


Apa dijelaskan Mujahid tidak benar seperti didakwa bahawa MAHB telah dikuasai oleh GIP menyebabkan seluruh lapangan terbang kita akan dikuasai Israel. MAHB masih lagi dalam kekuasaan Khazanah dan KWSP yang merupakan pemilik saham terbesar 70 peratus. GIP yang ada kaitan dengan Blackrock  hanya mempunyai 30 sahaja. 


Blackrock yang dicanang sebagai syarikat Israel hanya pihak ketiga. Blackrock merupakan sebuah institusi pelaburan antabangsa yang mempunyai 10 Trillion dan 32 Trilllion pegangan bon di beberapa negara di seluruh dunia. 


Dari penjelasan Mujahid itu bahawa tanggapan umum sebelum ini sangat meleset sekali. Kalau semua orang faham dan tidak ada niat untuk mempolitik isu MAHB ini sudah pun faham apa diterangkan PM di Parlimen tempoh hari.


Bahawa Khazanah dan KWSP masih menguasai saham MAHB sebanyak 70 peratus. Bahkan kedua institusi tu mempertingatkan pemilikan saham mereka dari 21 peratus kepada 70 peratus kini. Apa dilakukan kerajaan relatif yang patut disokong bukan dijadikan isu murahan. 


Seperti dijelaskan oleh Dr Mujahid, penjualan saham kepada GIP itu tidak perlu dibimbangkan kerana Blckrock merupakan institusi pelaburan besar didunia tidak mempunyai kuasa untuk menstrukturkan MAHB pun. Mereka adalah pihak ketiga sebagai institusi pelaburan yang wujud di mana-mnana didunia ini.


Justru tangapan, tuduhan mengatakan Israel menguasai MAHB  adalah tidak benar sama sekali. Paling malang dan pelik kenapa orang-orang yang dilihat cerdik, berpengetahuan, ikut sama memainan isu ini, menjadikannya sebagai umpan untuk pancing rakyat di bawah yang tidak berdosa. 


Dan bagi menuntaskan perkara ini, menepiskan kekeliruan dan mengembalikan damai politik yang dikeruhkan oleh isu ini, saya BERSETUJU dengan cadangan Dr Mujahid supaya pihak berkuasa dalam aspek agama, seperti Majlis Fatwa Keangsaan, atau para Mufti mengeluarkan fakwa berkaitan isu Blackrock hari ini yang diterjemahkan kita sokong Israel.


Hanya badan-badan berautoriti begitu dapat meredakan keadaan. Justeru jika perlu Majlis Raja-Raja juga wajar bersuara mengeluarkan satu kenyatan menjelaskan kedudukan sebenar isu ini agar tidak diputar belitkan oleh pihak-pihak tertentu. Mungkin suara titah Raja akan dipedulikan. Trims.