Mohd Redza
Sebagai seorang pengguna 4x4 Isuzu Dmax berminyak Diesel, 1 benda yang saya suka adalah kereta Isuzu Dmax ni minyak jimat. Saya biasa isi minyak seminggu sekali, full tank sebelum ni RM150. Dengan full tank tu boleh pergi lebih 900km. Dulu 70 liter RM150.50, sekarang 70 liter RM234.50, beza RM84. Kalau kita average sebelum ni sehari RM21.50, dengan harga sekarang ia jadi RM33.50 average sehari, kenaikan RM12 sehari (kalau tak claim BUDI). RM234.50 tu kalau kita kali 4 minggu = RM938 untuk 4 minggu. Harga sebelum ni RM602 untuk 4 minggu. Kemudian ada pulak lagi si BUDI RM200 (yang aku belum claim & belum register pun) maka jadilah RM938-RM200 = RM738. Jadi kenaikan berbanding sebelum ni hanyalah RM136 untuk 4 minggu, bersamaan RM34 seminggu bersamaan RM4.85 sehari (which is tak tepat sangat sebab aku kira 4 minggu sedangkan BUDI RM200 sebulan yang mana sebulan adalah 4 minggu lebih sikit), point dia kena bayar lebih RM5-RM6 la sehari.
Anyway last isi minyak full tank pada Ahad malam Isnin 09/06/2024 dengan harga RM2.15 seliter. Minyak masih banyak lagi dan mungkin akan isi balik pada hari Ahad sebelum raya qurban nanti dengan harga baru RM3.35 seliter. Terbeban ke? Untuk aku tidak. Untuk orang lain yang barangkali kereta dia 3000CC 4000CC tu aku tak tahulah, kan. Kereta aku CC 1.9 sahaja. Atau mungkin diorang punya 4X4 jalan 900km sehari.
Ini cerita kenderaan peribadi, kenderaan kerja pulak ambulans, Diesel ambulans sebelum ni RM2.15, sekarang cuma RM1.88 sahaja, turun harga.
Lepas tu orang tanya kenapa aku senyum Diesel mahal. Aku senyumlah sebab aku dah kira, masih menang banyak pakai 4X4 Diesel sebagai kenderaan peribadi 😌