[panas] TU DIA PN AMBIL ALIH PERLIS - RASUAH RM1.1 JUTA TERMASUK IMAM DAN ANAK IMAM DIREMAN DIPERLIS A...



Pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan imam sebuah masjid di Kangar antara tiga direman bagi siasatan dakwaan menerima suapan RM1.183 juta bagi pendaftaran pernikahan di Perlis sejak April 2022 hingga Jun tahun lalu.
Tiga suspek berusia 25 hingga 52 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis semalam dan dibenar reman sehingga Ahad ini oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Sumber SPRM berkata suspek utama yang juga penjawat awam 45 tahun ditahan di pejabatnya di JAIPs sekitar 4.10 petang, manakala dua lagi suspek ditahan di Pejabat SPRM Perlis di Kangar antara 6 hingga 6.15 petang selepas dipanggil memberi keterangan.
Menurutnya, suspek utama dipercayai bekerjasama dengan dua lagi suspek, iaitu imam dan anak imam terbabit yang memiliki sebuah syarikat perunding dalam menguruskan pendaftaran pernikahan di Perlis.

Ujarnya, siasatan awal mendapati pasangan bernikah di Thailand yang mahu mendaftarkan pernikahannya semula akan berhubung dengan pemilik syarikat terbabit.
“Syarikat beroperasi di Kangar ini kemudian meminta pasangan mahu mendaftarkan pernikahan itu semula bayaran sekitar RM5,000 sebagai wang pendaftaran,” katanya menurut Berita Harian.
Daripada jumlah itu, beliau berkata RM2,000 akan dibayar kepada suspek utama bertugas di JAIPs sebagai denda pasangan bernikah di Thailand manakala bakinya dibahagikan antara ketiga-tiganya.
Katanya urusan pendaftaran pernikahan itu dikesan tidak mengikut prosedur, termasuk ada pasangan tidak hadir dan tidak dicatatkan dalam buku daftar pernikahan serta tidak melalui Mahkamah Syariah.
Terdahulu, peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dan Zuhair Ahmad Zakuan yang mewakili suspek membantah permohonan awal penyiasat SPRM untuk reman tujuh hari atas alasan tiada sebab anak guam mereka ditahan agak lama.
Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Ghani mengesahkan penahanan tiga suspek itu. Sumber Berita 1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat... 2. https://www.malaysiakini.com/news/707755



No comments:

Post a Comment