Dr Norman Noorawi
Nasi putih mempunyai indek glisemik (GI) yang sangat tinggi..
Oleh kerana itu apabila ia di makan secara berlebihan ia akan memuncakkan paras glukosa darah dengan sangat cepat dan akan meningkatkan paras insulin darah juga...
Kesannya... Semakin banyak kita makan maka kita akan merasa lebih lapar dan perut akan menjadi buncit...
Pilihan nasi yang lebih sihat adalah nasi yang berserat tinggi dan mempunyai indeks glisemik (GI) yang lebih rendah... Contohnya Beras Perang, Basmati, herba ponni, parboiled dsbgnya...
Jika anda memilih untuk makan nasi putih maka anda boleh cuba 3 kaedah ini untuk menurunkan nilai GI nya...
1. Makan nasi dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman..
2. Masak nasi dengan minyak... Contoh nya nasi lemak, nasi briyani, nasi goreng dsbgnya
3. Masak nasi dgn air yang banyak.. Selepas mendidih buang air tersebut.. Tambah air baru secukupnya... Ini akan mengurangkan kanji dlm nasi tersebut... Kaedah masak nasi orang India...
Kawal lah pengambilan nasi anda dan lebih kan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan lauk untuk rasa kenyang... InsyaAllah
#drnorman #infosihat #nasiputih #glycemicindex