Pagi (Sabtu) ini saya berpeluang hadir ke Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam.
Majlis ilmu ini dimurnikan lagi dengan sesi interaksi bersama mantan Mufti Agung Negara Mesir, Al-Imam al-Allamah Prof. Dr. Ali Jum’ah Muhammad al-azhari, dan Timbalan Pengerusi Majlis Tabligh Muhammadiyah yang juga seorang ulama muda Indonesia, Ustaz Dr. Adi Hidayat.
Saya turut meluncurkan buku terjemahan Ihya Ulumuddin, karya Imam al-Ghazali dan manuskrip 40 Hadith Imam Nawawi : Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa karya Prof Dr Ali Jum’ah dan yang diterbitkan oleh Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).
Dalam majlis ini saya, saya singgung kesedaran bahawa marcapada bergerak semakin pantas melalui penerokaan meneroka dan penemuan baru, namun kita harus tetap menjaga kepentingan tradisi ilmu dan akliah untuk dihadami agar diamal dan dihayati.
Generasi muda yang bakal memimpin negara kelak, perlu digasak dengan kebhinekaan ilmu di dada, termasuk berkaitan agama agar dapat mendidik serta membentuk masyarakat lebih berilmu di masa hadapan.
Saya hargai kesudian Syeikh Ali Jum’ah dan Ustaz Dr Adi Hidayat atas doa dan mutiara ilmu yang dikongsikan dalam majlis ini.
Semoga kehadiran para alim ulama ini dapat dimanfaatkan demi kelangsungan pemerkasaan kefahaman agama.
#MalaysiaMADANI