LIMA PERKARA YANG ANDA MESTI TAHU TENTANG KENAIKAN HARGA DIESEL KEPADA RM 3.35/ LITER BERMULA 10 JUN 2024.


Nazri Hamdan


1. Mekanisma yang digunakan ialah Automatic Pricing Mechanism (APM). Ia bukan baru dan pernah diguna sebelum 2018 sebelum kerajaan PH 1.0 memansuhkannya. APM akan membolehkan kita menjangkakan berapa harga diesel pada minggu depan dan seterusnya. APM tak bermaksud kerajaan apungkan harga diesel sepenuhnya tapi intervensi kerajaan akan dibuat bila harga bahan api terlalu tinggi. Ini bermaksud, kita tak boleh expect yang APM akan selesaikan masalah penyeludupan sepenuhnya.


2. Tetap akan ada knock on inflationary effect dari kenaikan harga diesel ini. Berapa signifikan kesan terhadap inflasi kena tengok beberapa bulan di depan. Walau kerajaan sediakan “cushion” seperti Budi Madani dan SKDS 2.0, kena expect kos ini akan ditransfer kepada pengguna. KPDN kena aktif kuatkuasa akta antipencatutan kalau tak peniaga yang tak bertanggungjawab tetap akan naikkan harga.


3. Ia dijangka akan bagi lebih keyakinan kepada pasaran modal Malaysia. FBM KLCI dijangka akan lebih kukuh selari dengan keyakinan pelabur terhadap economic reform yang dilakukan. Disamping itu ia akan memberi ruang kepada Malaysi untuk baiki kredit rating yang jatuh sebelum ni semasa pandemik.


4. Akan membantu dan memberikan ruang fiskal kepada kerajaan untuk melaksanakan kenaikan gaji kakitangan yang dijangka menelan belanja RM 10 billion hujung tahun ini dan janji untuk naikkan STR tanpa bagi kesan lebih teruk kepada defisit kerajaan tahun 2024.


5. Tumpuan penyeludup akan lebih tertumpu kepada RON 95 dan diese di Sabah dan Sarawak lepas ni. Tapi, sistem APM tetap tak menjamin penyeludupan akan ditamatkan sepenuhnya selagi kerajaan tak bergerak kepada sistem floating sepenuhnya.


Nak faham ekonomi dalam bahasa mudah? Dapatkan buku “Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan” di ruangan komen.



No comments:

Post a Comment