Komentar Berunsur Kebencian: Tindakan Zuhaidi Mat Yusoff yang Tidak Bertanggungjawab.



 Komentar Berunsur Kebencian: Tindakan Zuhaidi Mat Yusoff yang Tidak Bertanggungjawab. 




✍️ Saiful Nizam


Zuhaidi Mat Yusoff telah meninggalkan komen berunsur kebencian di laman Facebook Berita Harian Online. Komen beliau berbunyi:


"Ngaji lah turath ke kontemporari ke ...klu pangkah kapir harbi...mmmm jgn harapla...abu jahal acah2 nk ikut nabi tp syarat nabi ikut agama berhala bergilir setahun2...maka turun surah alkafirun."


Namun, apabila komen tersebut mendapat perhatian netizen dan menerima kritikan, Zuhaidi segera menulis kenyataan memohon maaf. Beliau menyatakan:


"Assalamualaikum...mohon maaf kpd semua Mengenai komen saya dlm berita harian online saya tidak tujukan kepada sesiapa secara individu dan peribadi...tetapi sebagai peringatan kepada semua umat islam...


Kebetulan saya baru habis baca asbab nuzul (sebab2 penurunan surah alkafirun) kisah abu jahal dan kafir quraisy yang pergi berjumpa dengan nabi muhammad saw untuk bersepakat supaya nabi masuk agama mereka setahun dan mereka pemimpin kafir masuk agama islam setahun bergilir2...dan wahyu menurunkan surah nabi ketika itu...nabi diam seketika maka turunlah surah alkafirun...untuk nabi hampir2 nk berhijrah ke madinah... 


Jadi peringatan buat kita umat islam bahawa islam yang tinggi kedudukan tidak sama dengan agama lain...saya menyebut kafir harbi saya merujuk kepada kafir mekah dan kontemporari kini adalah yahudi di palestin yg menjajah tanah air palestin..dan juga sebagai peringatan kepada kita semua di malaysia..jadi saya tidak menyebut nama PMX sebagai yang dituduh kepada saya tapi ianya adalah umum utk umat islam.


Sekali lagi saya MEMOHON KEMAAFAN kepada semua yang tersinggung dengan kenyataan saya yg mungkin kurang jelas Sekali lagi mohon kemaafan.


# MALAYSIA MADANI"


Meskipun beliau cuba menjelaskan dan memohon maaf, tindakan Zuhaidi telah mencetuskan banyak persoalan mengenai sikap dan tanggungjawab beliau sebagai seorang pendidik berlatarbelakang agama. Bagaimana seorang guru dan pendakwah, yang sepatutnya menjadi teladan kepada pelajar dan masyarakat, boleh meninggalkan komen yang begitu tidak bertanggungjawab dan berbaur kebencian?


Perlu kita beringat, puak Khawarij bukanlah golongan yang tidak belajar agama, tetapi mereka adalah golongan yang menganggap hanya aliran agama mereka sahaja yang betul dan orang lain kafir. Zuhaidi Mat Yusoff, yang juga sering berceramah motivasi di sekolah-sekolah serta memberi tazkirah di masjid, sepatutnya menunjukkan contoh yang baik, bukan sebaliknya.


Jika Zuhaidi merasakan pemimpin kerajaan perpaduan tidak Islamik dan tidak mahu makan gaji yang dianggap daripada pemimpin kafir, beliau sepatutnya meletakkan jawatan. Belajar dan mengajar agama Islam memerlukan keikhlasan, dan tindakan serta akhlak haruslah mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.


Tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini tidak sepatutnya datang dari seorang pendidik apalagi seorang pendakwah. Apabila komen buruk beliau dikesan oleh netizen, Zuhaidi cuba 'play victim' dan menafikan perbuatannya. Kini, beliau cuba meraih simpati dengan hashtag Malaysia Madani?


Adakah ini sikap seorang hipokrit?


Tindakan seperti ini harus dikecam kerana ia mencemarkan imej pendidik dan menggoyahkan kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang diamanahkan untuk mendidik generasi muda. Seorang pendakwah sepatutnya menjadi contoh yang baik dan menunjukkan sikap yang positif, bukan menyemai kebencian dan ketidakadilan.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan