KISAH CALON SG BAKAP. PAS NAK SOKONG PMX PULAK?

 

Desa HM


Tadi bersembang dengan sorang kawan lama... orang kuat Bersatu Selangor, asal dari Kedah...


Dia sentuh pasal calon PAS kat Sg Bakap.


Katanya... PAS memang sengaja letak calon koman, yang tak setanding langsung dengan calon dari PH/BN..


Dia bagi dua sebab.. 


Pertama. 

Mungkin PAS sengaja nak bagi calon PH/BN menang, jadi lps ni, laluan PAS untuk menyertai kerajaan perpaduan akan lebih mudah... banyak dah dok sebut, PAS akan buat u turn, mai sokong PMX... 


Kedua. 

PAS memang dah betul- betul tak ada lagi calon yang hebat-hebat, terutama dari segi kelulusan,  pendidikan dan pengalaman dlm pentadbiran... memang PAS sudah ketandusan orang-oranh yang benar-benar boleh diangkat oleh pengundi...


Kemudian aku pulak sambung... "Tu pun jangan... lambat siang, nk letak calon depa... hangpa ada ramai calon profesional hebat2, awat PAS tak bagi kat hangpa?"..


Sikit saja dia jawab... "hang tunggu tengok la.. apa yang berlaku kat KKB, akan berulang kat Sg Bakap pulak..."


Aku senyum jer... 


Malam-malam raya macam ni memang seronok buat aktiviti 'bakar membakar'..


🤣🤣🤣🤣🤣



No comments:

Post a Comment