[gempak] 6 MPS BERSATU TELAH DIGUGURKAN! DAN INI TINDAKAN PARTI BERSATU ...



Langkah Bersatu memecat wakil rakyatnya yang berpaling tadah tidak akan mencetuskan pilihan raya kecil (PRK), sebaliknya hanya akan melemahkan kuasa tawar-menara mereka dengan parti lain dalam PN. Pakar berpandangan enam ahli parlimen dan seorang Adun itu akan kekal sebagai wakil rakyat bebas walaupun dilucutkan keahlian oleh Bersatu, sekali gus hanya parti terbabit kehilangan tujuh wakil rakyatnya. Ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Syaza Shukri, berkata ketiadaan wakil rakyat terbabit tidak banyak mengubah kekuatan politik pembangkang. "Tetapi ini akan menimbulkan persoalan mengenai kesetiaan ahli parlimen Bersatu berbanding ahli parlimen PAS, dan seterusnya ia akan mengurangkan kuasa tawar-menawar Bersatu dalam PN. "(Ini akan) mengukuhkan PAS sebagai 'abang besar' dalam PN," katanya. Syaza berkata demikian dengan merujuk kenyataan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, pada Ahad lalu yang berkata partinya akan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, mengenai pelucutan keahlian enam wakil rakyat mereka. Pemakluman tersebut dijangka dibuat semasa sidang dewan pada minggu ketiga bulan ini.