Dari Sinar Harian, ke mana duit persaraan dihabiskan?
Saya ulas sedikit:
1. Ubah suai rumah.
Mungkin ianya 'life long dream' untuk memiliki rumah besar tetapi percayalah ramai menyesal mempunyai rumah besar di usia tua.
Di Shah Alam saya perhatikan ramai menjual rumah banglo mereka dan berpindah ke rumah lebih kecil kerana tinggal berdua sahaja.
Rumah kecil lebih mudah untuk diselenggara dan jika anak-anak tiada tempat tidur semasa beberapa hari di Hari Raya, sewa sahaja homestay atau hotel.
Kenapa perlu banyak bilik dan ruang besar yang tidak digunakan kecuali pada tiga hari dalam setahun?
2. Belanja kenduri kahwin anak
Seorang rakan saya membelanjakan lebih RM100k untuk perkahwinan anak beliau. Malangnya selepas setahun berkahwin anaknya bercerai dengan isteri.
Buatlah majlis walimah yang sederhana dan tidak membebankan keluarga.
3. Bayar hutang
Hutang perlu dilangsaikan sebelum bersara.
Jangan bersara jika anda mempunyai hutang lagi. Titik.
4. Biayai kos perubatan
Kos perubatan di Hospital Kerajaan sangatlah murah tetapi Hospital Swasta memberi lebih keselesaan dengan tidak perlu menunggu lama.
Insuran perubatan takaful banyak membantu mengurangkan kos perubatan selepas bersara jika anda memilih keselesaan.
Jangan lupa ambil insuran perubatan takaful semasa zaman bekerja.
Saya dan famili mengambil imsuran perubatan BSN Prudential semenjak 20 tahun lalu.
5. Terlibat pelaburan tidak sah.
Ramai terkena scam dan lesap duit simpanan selepas bersara.
Hakikatnya, 'don't think big' selepas bersara dan cuba untuk 'buat' duit tambahan dari simpanan sedia ada, kecuali simpanan yang dijamin Kerajaan.
Usahakan passive income semasa zaman bekerja agar duit pencen dan simpanan tidak berkurangan.
Amma ba'du.
Scroll balik dan baca banyak artikel saya mengenai 'Bersara dengan Bergaya'.
Wallahua'llam.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar.