SUMBAT PEMFITNAH
KASINO DI FOREST CITY KE PENJARA, INI TANDA PMX SUDAH BENAR2 MARAH
Anwar Ibrahim berkata mereka yang sengaja
memfitnah konon kerajaan mahu membuka kasino di Forest City, Johor, seharusnya
disumbat ke dalam penjara.
Perdana menteri berkata, pihak yang
mencetuskan isu itu tiada modal kerana sengaja membuat tohmahan dan mencipta
fitnah sesuka hati kepada pemerintah.
“Senang-senang beri tohmahan. Fitnah sesuka
hati…mereka tak ada modal lain, kononnya Anwar dah lulus kasino di Johor.
“Apa benda ini, tak pernah saya dengar, tak
pernah orang usulkan dan Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim) tak pernah
maklumkan kepada saya untuk ada kasino dan perjudian di sana.
“Jadi (tohmahan) ini dari mana? Dari
penjahat-penjahat sebenarnya.
“Jadi mereka ini sebenarnya boleh ganti
bilik-bilik saya di (penjara) Sungai Buloh,” katanya ketika berucap pada
sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Beliau turut mengingatkan mana-mana pihak
tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas termasuk menyentuh institusi
raja dalam membuat tomahan.
“Nak kritik tidak mengapa, kamu kritik perdana
menteri tidak mengapa sebab saya boleh jawab. Ini kamu kritik raja-raja yang
kita sanjung dan muliakan dan ada dalam Perlembagaan
“Kalau kita ada sistem raja, tak boleh
dijadikan macam orang politik…serang sesuka hati.
“Kalau saudara serang apatah lagi fitnah,
jawapannya pendakwaan, hukuman dan penjara, jadi jangan marah saya konon saya
tidak demokratik, keras dan kuku besi,” katanya.
Sebelum ini, Anwar menafikan laporan yang
mengatakan kerajaan sedang menimbangkan untuk mengeluarkan lesen kasino kedua
bagi Forest City selepas Genting Highlands – menyifatkan ia sebagai tidak betul
dan bohong.
Semalam, ahli Bersatu Badrul Hisham Shaharin
atau Chegubard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas
pertuduhan menyiarkan penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest
City menerusi media sosial, Jumaat lalu.
Terbaharu, penulis blog Wan Muhammad Azri Wan
Deris direman dua hari hingga esok, atas dakwaan membuat kenyataan berbaur
hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category