PMX BERTEMU PENGERUSI NIPPON FOUNDATION




 Saya juga adakan pertemuan dengan sahabat lama yang juga Pengerusi Nippon Foundation, Tan Sri Yohei Sasakawa.


Sasakawa adalah seorang dermawan yang aktif melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan dalam pelbagai bidang.


Dalam pertemuan ini, Sasakawa memaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti terkini yang dilaksanakan Nippon Foundation di rantau ini. Kami juga sempat bertukar pandangan mengenai isu semasa.


Saya kagum melihat semangat dan kecekalan Sasakawa yang mengabadikan sebahagian besar hayatnya untuk berbakti kepada masyarakat. 


#MalaysiaMADANI


No comments:

Post a Comment