PMX DI QEF MENJAWAB SOAL PELABURAN DI MALAYSIA







 Menghadiri Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 dan berpeluang berada di pentas utama dalam sesi bertajuk "In Conversation with the Prime Minister of Malaysia.


Dalam sesi ini saya dapat membincangkan tarikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan.


Malaysia juga saya tegaskan sedang memberi tumpuan khusus kepada sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).


Kesemua sektor ini, antara lain, memadai untuk mendorong pertumbuhan masa depan Malaysia.


Saya turut menjawab pelbagai persoalan yang diutarakan termasuk fitnah isu kasino yang dimainkan Bloomberg.


#MalaysiaMADANI