PH KENA ALIH BAJU... PN TAK PERLU. MASJID PUN ADA KASTA GAK.

 


Najib Bakar


Masjid Bandar Utama Batang Kali dah keluarkan kenyataan atas isu penyokong PH disuruh terbalikkan baju.



Kenyataan ni dibuat selepas pertemuan dengan EXCO Agama Selangor, Dr. Fahmi Ngah.


Depa mintak maaf atas kekhilafan yang berlaku.


Kata depa, AJK tu dah tegur penyokong PN sebelum tu tapi "masih ada yang tidak mengambil endah". Katanya-lah.


Kalau "masih ada", maksudnya ada la yang terbalikkan baju PN, betul?


Tapi maafkan saya wahai pihak masjid, masa saya sampai tu, tak nampak ada baju penyokong PN diterbalikkan langsung.


Ayat AJK tu kepada penyokong PH berbaju merah, "masuk tandas terbalikkan baju." Dengan tegas bunyinya.


Adakah cakap dengan geng PN setegas itu?


Geng-geng PH tu walaupun panas, tapi depa ikut ja sebab dah nak solat. Imam pun dah nak iqamat.


Persoalan seterusnya, yang pakai baju Malaysia Madani tu camna pulak? Bukan lambang parti pun.


Aku pun taknak panjangkan isu. Pandai-pandailah pihak berautoriti buat kerja. Aku dah jalankan tugas aku.


Baca status masjid di https://www.facebook.com/share/p/5D7bBioyPrtZbeYk/?mibextid=oFDknk



No comments:

Post a Comment