Saya ingatkan bila bertukar saja mufti baru, sudah tentu akan ada perubahan dalam teks khutbah di masjid2 seluruh Pahang. Mufti sebelum ini kita faham kecenderungan beliau maka tidak peliklah teks2 khutbah sewatu beliau dulu banyak yang mengelirukan bahkan tersasar jauh.
Malangnya, mufti baru ini saya lihat seperti tidak berminat dengan usaha2 kerajaan terutamanya di dalam mengangkat syiar Islam di negara ini. Apakah tiada langsung usaha dibuat? Mengapa yang ditimbulkan dalam teks khutbah adalah perkara2 yang tidak berlaku dan hanya menimbulkan persepsi bahawa ianya telah berlaku. Mengapa banyak usaha baik kerajaan di dalam mengangkat imej Islam tidak diceritakan?
Saya membaca semula teks khutbah hari raya Aidil Fitri yang dikeluarkan seolah-olah saya membaca rencana dari Harakah. Sekali lagi saya ingatkan kerajaan pusat dan negeri, tolong awasi " Deep State". Kerap sangat kita berpesan hal ini. Jika sayangkan keharmonian Islam agar tidak dicemari dengan propaganda politik, tolong ambil tindakan segera. Jika boleh, sampaikan perkara ini ke istana Pahang.
WFAUZDIN NS