Ada kerja kosong di tempat kita. Kita perlu pilih calon yang sesuai untuk isikan. Tak kisah lah berdasarkan pengetahuan atau pengalaman.
Kita kaji resume calon yang diberi. Banyak yang kita sangsi:
1. Master dibuat masa PKP, kurang 3 tahun dari dia dapat Diploma.
2. Dia mengaku jadi Eksekutif Bursa Malaysia, tanpa apa2 sijil lain kecuali SPM.
3. Dia mengaku dia bekerja sebagai Pengurus Besar syarikat.
Kita (wartawan dan netizen) pun mula bertanya soalan. Sebagai logiknya untuk kita buat keputusan.
Mulanya dia taknak komen. Lepas kena pressure dia pun tunjuk sijil dan transkrip. Betul ada sijil, tapi sebenarnya sijil tak diiktiraf Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA), terjawab persoalan kita, Master Exec dia dapat cukup senang dan dalam masa singkat dari Diploma. Tak diiktiraf rupanya. No wonder.
Bila kita pressure isu lain, tambah bila kerjaya dia pun jadi persoalan, jadi Eksekutif di syarikat GLC Bursa Malaysia guna SPM saja. Katanya jadi Managing Director sekarang tapi syarikat tutup pula.
Dia jawab, “eh apa ni, saya nak buat kerja. Jangan lah serang peribadi”.
Geng2 terpaling menyokong dia cakap, apa ni serang peribadi calon kami? Takkan itu pun nak jadi modal calon kami cari kerja?
Hello dey…. Dia nak jadi wakil rakyat kita kot, of coz la wartawan dan netizen akan tanya. Kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Elok bertanya sekarang, dari terlepas jadi wakil rakyat tanpa kita tahu latar belakang.
Ingat dulu, tiada orang bertanya pun politicians ni sebelum pilihanraya. Lepas dah jadi Menteri baru tahu depa menipu. Tapi itu zaman dulu Bhai…
Sekarang dah macam2 perangai politicians kami jumpa, pasrah lah kalau kena tanya. Bab pendidikan dan pengalaman. Ini bukan PERIBADI punya serangan.
Serangan peribadi tu ialah serang isu personal, seperti status kahwin, dia janda atau duda, berkahwin dua tiga? Atau apa yang dipakai: bertudung, berkopiah atau tidak. Serang keluarga dan anak2 dia. Itu barulah serangan peribadi.
Taknak la awak nak mintak kerja dengan kita, kita persoalkan kelayakan dan pengalaman, dia kata “go fly kite”. Hello… It’s totally within our rights!
Ajaran sesat mana kata pengundi dan wartawan tidak boleh bertanya kelayakan anda. Ia satu bentuk serangan peribadi. Kalau macam tu, kami nak nilai pakai apa? Takkan la hanya tengok kaum dan agama?
Kalau di luar negara, nak jadi wakil rakyat dan Menteri, siap kena lalui ujian saringan, kena IQ test lagi. Due Diligence punya teruk. Di sini, calon kita panas bila kita persoal resume yang dia sediakan.
Ini contoh2 Menteri yang kita terlepas pandang. Nak kerja piun dengan Kerajaan pun punya banyak tapisan. Takkan lah anda nak jadi Wakil Rakyat, senang2 lah pulak dilepaskan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki