Menurut World Trade Organisation, subsidi ditakrifkan sebagai sumbangan kewangan oleh kerajaan yang memberi manfaat kepada penerima. Berbeza dengan perbelanjaan, subsidi tidak menjana nilai tambah secara langsung.
Tujuan subsidi adalah sama ada untuk menurunkan kos sara hidup, ataupun untuk membantu mengekalkan kelangsungan sesuatu industri.
Contohnya dalam industri beras, import beras adalah lebih mudah dan murah, tapi bagi tujuan keterjaminan makanan, pertanian padi tetap dijalankan walaupun kos operasi lebih tinggi, maka subsidi dari segi bentuk baja, benih dan bantuan khas tunai kepada petani diberikan.
Namun subsidi bukanlah HAK. Saya terkejut bila terbaca seseorang menulis bahawa subsidi adalah HAK.
Subsidi adalah keistimewaan atas kemampuan sesebuah negara.
Subsidi ni akan masuk dibawah belanja pengurusan.
Setiap tahun kerajaan akan membentangkan belanjawan.
Belanjawan terdiri daripada belanja pengurusan dan belanja pembangunan.
Prinsip dalam perbelanjaan ialah, belanja pengurusan perlu datang dari pendapatan, contoh pendapatan negara ialah cukai,dividen dll.
Manakala belanja pembangunan (CaPex) boleh didapati dari hutang. Jika didapati dari hasil lagi baguslah.
Kenapa boleh hutang? Sebab CaPex ni satu bentuk modal yang boleh menjana keuntungan pada masa akan datang.
Contohnya buat sekolah baru, lebuhraya, Lapangan terbang, pelabuhan dll.
Manakala belanja pengurusan (OpEx) ni pula boleh dikatakan belanja hangus. Contohnya gaji dan pencen, subsidi, peralatan dan perbekalan contohnya alatan pejabat, alatan pakai buang hospital, bayaran khidmat hutang dll.
Jadi, untuk pastikan OpEx ni boleh berterusan, pendapatan negara mesti lebih atau sekurang-kurangnya sama dengan OpEx.
Jika tidak, kerajaan akan masuk ke fasa keberhutangan yang tinggi dan menuju bankrap. Sebab nanti bayaran khidmat hutang pun akan tinggi. Hasil kerajaan kena bayar hutang dan tak mampu bayar komitmen lain.
Maka sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, ia perlu membuat pilihan yang betul. Pilihan populis seperti PTPTN percuma, turun harga petrol dan tak rasional.
Piliham yang betul ialah mesti mengurangkan OpEx ni. Contohnya kurangkan perbelanjaan gaji, apa caranya kurangkan penjawat awam, bagaimana? Swastakan sesetengah bidang, optimumkan jawatan yang ada dll.
Kemudian apa lagi? Kurangkan pencen, bagaimana? Buat skim KWSP, buat skim satu pencen tertinggi.
Lagi? Kurangkan subsidi.
Ok dah sampai tajuk ni. Kurangkan subsidi.
Kenapa nak kacau subsidi? Sebab subsidi ni dah cecah RM81 bilion setahun. Tapi, bukan semua rakyat yang dapat manfaat. Ada isu seperti, penyeludupan keluar dan penggunaan oleh warga asing dalam negara.
Untuk kawal penyeludupan, kerajaan perlu pulak lantik lebih ramai penguatkuasa, kos lagi.
Warga asing pula hidup mudah di Malaysia, guna segala subsidi yang ada, duit gaji kumpul dan hantar ke negara asal.
Jadi rancangan nak rasionalisasikan subsidi ni dah difikir dan dibincangkan sejak zaman Tun Abdullah, tapi huru hara masa tu bila petrol naik mendadak.
Zaman DSNR pula siap buat Strategi Lautan biru untuk optimumkan penjawat awam, bagi bantuan tunai BR1M dan program subsidi 1Malaysia.
Tapi ini semua masih tak cukup berani dan tak sistematik.
Maka zaman Kerajaan Madani ni, diperkenalkan PADU. Melalui sistem ini nanti kerajaan akan salurkan bantuan tunai terus kepada rakyat Malaysia yang layak.
Tapi kerajaan juga akan tarik subsidi. Bukan sahaja petrol, subsidi elektrik, beras, gula, gandum, ayam, telur semua akan ditarik.
Cuma berapa ditarik kurang pasti. Katakanlah ditarik 100%. Maka kerajaan akan ada RM81 bilion.
Dalam masa sama kos sara hidup rakyat akan meningkat, sebab kos bahan mentah akan tinggi.
Duit yang kerajaan ada akan disalurkan terus kepad rakyat Malaysia melalui bank dan e-tunai.
Jadi rakyat akan ada duit dan kembali membeli, kos tinggi tadi diserap melalui bantuan tunai.
Tapi kerajaan akan dapat jimat banyak, sebab warga asing seramai 3.5 juta orang dah tak dapat subsidi.
Penyeludupan pun akan kurang, sebab barang di Malaysia lebih kurang sama sahaja dengan negara jiran.
Maka apa lagi yang berlaku? Pekerja asing mula minta gaji lebih tinggi sebab kos sara hidup di Malaysia dah tinggi.
Kat sinilah usaha kerajaan nak buat gaji progresif dan bermaruah berjalan serentak.
Bila gaji tinggi, ada sesetengah sektor pekerjaan yang selama ini dikuasai warga asing, mungkin mendapat minat warga tempatan.
Untuk tengok benda ni semua, memerlukan kerajaan yang kuat dan berani. Kedua-duanya kita ada sekarang. PMX ada 2/3 kuasa di Parlimen, beliau juga ada tiga tahun lagi tempoh sebelum PRU dan pasukan nya ada semangat untuk reform.
Apa kita perlu untuk menjayakan agenda ini? Rakan sekutu yang tidak khianat(geng DSNR) Contohnya Puad Zarkashi dan Wee Ka siong yang selalu kritik dan cuba jatuhkan Menteri Ekonomi dan kita perlukan pembangkang yang matang.
Benda baik pun bila pembangkang asyik kacau dan hasut rakyat akan terganggu juga.
Apa pun aku harap benda ni dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya kerajaan dapat buat pula reformasi dalam sistem kesihatan negara dengan mewajibkan insuran kesihatan nasional.
ATADAFA
Muhammad Fairul Al Qasas
Jengka
#KPKualaKrau
#PeneranganPKRPahang
#MalaysiaMadani
#KerajaanPerpaduan
#PMX