RESPON PEMIMPIN PAS ATAU MB PERLIS ANAK DITANGKAP BERKAITAN PENIPUAN TUN...





Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. “Saya dah maklum berita daripada SPRM dan serah kepada budi bicara SPRM, setakat tu sajalah,” jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, hari ini. Terdahulu, SPRM menahan reman enam orang termasuk anak lelaki seorang menteri besar bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu. ================================================================== Menteri Besar Perlis Shukri Ramli akan menjelaskan isu berkaitan penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000. “Esok saya jawab dalam dewan. “Setakat itu sajalah (komen saya),” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kangar hari ini.






No comments:

Post a Comment