PERCANGGAHAN ISU TAHANAN DALAM RUMAH NAJIB.

 

Iswardy Morni


Satu perkembangan menarik mengenai tambahan (adendum) dalam pengampunan najib Razak sama ada terdapat tambahan untuk tahanan di rumah dalam pengurangan 6 tahun penjara dan denda kes SRC. Hari ini najib telah pun memohon dari mahkamah rayuan adendum tersebut. 







Menurut Zahid Hamidi 


"Dia mendakwa dalam pertemuan di rumahnya pada 30 Januari lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan kepadanya berhubung kewujudan titah adendum tersebut yang bertarikh 29 Januari 2024."


Namun ia dilihat bercanggah dengan kenyataan menteri KDN Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan bahawa beliau tidak melihat atau mengetahui mengenai maklumat tambahan tersebut.


Akhirnya dalam perkembangan terbaru, menteri Tengku Zafrul mengesahkan akan "membetulkan" beberapa kesilapan affidavit zahid yang dikatakan tersilap dalam memberikan fakta seolah-olah dia yang memberikan fakta adendum tersebut. AGC Juga menyatakan akan memberikan maklumat pembetulan tersebut


AGC mengeluarkan kenyataan itu susulan kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkaitan afidavit tambahan yang diikrarkan Zahid pada 9 April kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Jadi kesudahannya, nanti kita tengok keputusan nya