🌐 Perak Jadi Negeri Pertama Di Malaysia Membawang (Mengeluarkan Bawang) Di Sungkai
Projek perintis tanaman bawang seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai berjaya memberikan hasil pengeluaran 2.3 tan untuk tuaian kali pertama.
Penanaman ini menggunakan varieti bawang merah BAW-1 yang dihasilkan oleh MARDI dan mula ditanam pada Januari lalu dengan melibatkan kawasan fasa 1 seluas 0.6 hektar.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mula menjalankan penyelidikan tanaman bawang Malaysia (BAW-1, BAW-2 dan BAW-3) sejak 2020 dan mula menaman secara pukal pada 2023 telah mula mengeluarkan haasilnya di Sungkai, Perak.