Najib Bakar
Peniaga mesin vending IPR di UiTM Machang Kelantan raih jualan antara RM13,000 hingga RM21,000 sebulan!
Alhamdulillah, rezeki peniaga ni. Memang laku keras di sana.
Model perniagaan mesin vending IPR ni sangat berkesan kepada peniaga kecil untuk keluar dari garis kemiskinan.
Sebelumnya peniaga ni meniaga kuih dapat untung bersih RM500 saja sebulan.
Memang mesin vending IPR yang diletakkan di universiti laku keras. Dengan harga makanan yang murah serendah RM2, ia dapat menyelesaikan;
Satu, dapat beri pendapatan lumayan kepada peniaga kecil.
Dua, dapat beri pilihan kepada pelajar yang sentiasa lapar, terutama di tengah malam waktu kedai dah tutup.
Tiga, peniaga tak perlu upah pekerja untuk tunggu di gerai.
Empat, sewa lokasi mesin vending ditanggung kerajaan.
Lima, peniaga tidak perlu bayar sewa mesin vending, juga turut ditanggung kerajaan.
Power dak?
Tahun 2024, akan lebih banyak mesin vending IPR dibuka di seluruh negara. Kepada yang dah mohon, saya doakan ada rezeki hampa.
Kalau dapat peluang, jangan sia-siakan. Insya Allah, dengan kerja kuat, Allah akan bantu permudahkan.
Terbaik Kementerian Ekonomi dan Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli !
*Aku share juga mulut huduh Sanusi mengenai mesin vending IPR.