Biarpun kempen belum lagi bermula di kawasan utara Selangor ini, sudah ada beberapa watak dikenali ramai muncul membawa misi tersendiri.
Mengakui bukan mahu melihat PH - sekali gus kerajaan - kalah dalam PRK pada 11 Mei ini, mereka mula mengadakan perjumpaan dengan pemimpin komuniti India NGO tertentu.
Misi individu terbabit - yang pernah menjadi menteri dalam kerajaan PH - turut disertai bekas pemimpin parti berkenaan serta parti yang menjadi rakan PH.
Misi mereka ialah mengajak penduduk setempat memboikot PRK berkenaan.
============================================================================
Kerjasama Parti Sosial Malaysia (PSM) dengan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mungkin menyaksikan mereka meletakkan calon untuk cuba merampas kerusi Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini.
Ketika dihubungi, Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan, mengesahkan bahawa partinya sedang mengadakan perbincangan dengan Muda untuk melihat kemungkinan bertanding di situ.
"Benar, kami sedang berbincang dengan Muda dan mungkin bertanding di PRK.
"Kalau semuanya nampak bagus, mungkin salah satu parti akan bertanding dan satu parti lagi akan membantu kempen," katanya.
Sumber Berita
1. https://www.malaysiakini.com/news/702