ANTARA UBI KAYU DAN KEBODOHAN
Che Ibrahim
Ubi kayu bukan sahaja menjadi makanan utama orang asli di pedalaman, namun ianya menjadi makanan popular orang melayu yang cerdik dalam berbagai bentuk.
Antara kuih ubi kayu yang amat laris di Kelantan ialah:
1. Bekey/boko ubi kayu
2. Buku manis (Poli ubi kayu)
3. Putu halba (barang dlm kain yang amat popular musim hujan)
4. Tapai ubi kayu (digoreng lagi sedap).
Tu tak kira lagi ubi kayu rebus dimakan dengan nyiur muda atau sambal goreng, ubi kayu bakar dimakan dengan ikan kering bakar atau daging/ikan pekasam.
Kesian ke budak budak diupah/dihasut untuk menghina makanan tradisi orang melayu semata mata kerana politik yang sempit. Hanya orang bodoh yang menghina ubi kayu.