Sham Ghaz
Jelas Beras Ganu Habis Stok!
Semalam nampak sedak dah agah sangat kononnya nak sindir dan pekena orang tegur Kerajaan Negeri Terengganu.
Harini dah sendu, malah persalahkan kilang padi LPP dan persalahkan pihak lebih ‘tinggi’ kononnya sabotaj TADC pula dah.
Tapi masih guna gambar lama.
Sedak duk pukul Kerajaan Madani dan YB Mohamad Sabu dalam isu bekalan beras putih tempatan, kalini kena ke Kerajaan Terengganu baru leper bila kena atas pala dia sendiri baru kalut ribut nak jawab.
Isu BERAS GANU Tiada Di Pasaran
1. BERAS GANU ialah Beras MyGAP, beras berkualiti tinggi yang disahkan selamat secara saintifik terutama dari segi kualiti dan kandungan racun. Terengganu adalah negeri yang mempunyai pesawah memiliki persijilan MyGAP paling ramai di Malaysia. Persijilan ini dibawah Kementerian Pertanian.
2. Sawah MyGAP sudah ada di Terengganu sebelum ini. Tapi Beras MyGAP tak ada kerana Padi MyGAP tak diuruskan rantaian pengeluarannya sehingga menghasilkan Beras MyGAP sebagai produk akhir. Bila tiba musim menuai, padi MyGAP dicampur dengan padi lain dan dikilangkan sekali dengan padi bukan MyGAP. Akhirnya semua jadi sama. Sayang sekali bila ada Padi MyGAP tapi tak ada beras yang layak dipersijilkan dengan persijilan kualiti ini. Ringkasnya, Persijilan MyGAP di bawah KPKM ini tidak dilengkapkan sepenuhnya lalu Kerajaan Negeri berusaha melengkapkannya.
3. Antara puncanya ialah kerana harga Padi MyGAP sama saja dengan padi biasa. Kerajaan tak ada hak untuk nak arahkan pesawah MyGAP supaya hantar padi MyGAP ke kilang tertentu untuk diproses secara berpusat agar tidak bercampur dengan padi bukan MyGAP. Di Besut jelapang padi utama Terengganu ada 4 buah kilang padi. Brokar padi ada kilang pilihan mereka sendiri untuk dihantar padi. Biasanya kilang yang kadar potongannya lebih rendah akan jadi pilihan. Harga padi dan subsidi sama sahaja.
4. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Beras MyGAP dipengerusikan Pengarah Pertanian Negeri. Antara Jabatan dan Agensi terlibat ialah UPEN Terengganu, Jabatan Pertanian, IADA KETARA dan TADC.
5. Jawatankuasa telah melantik Kilang Padi Konsortium Lembaga Pertubuhan Peladang di Baruh Masin Jabi untuk memproses padi MyGAP menjadi Beras MyGAP. Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan RM200 ribu semusim untuk bayar insentif tambahan bernilai RM105/tan padi kasar bagi pesawah MyGAP yang bersedia hantar padi mereka ke Kilang LPP agar proses padi MyGAP ini diuruskan secara berpusat sehingga tak bercampur dengan padi bukan MyGAP. Lebih kurang 80% dari jumlah pesawah yang ada sijil MyGAP setuju menyertai program ini.
6. Dengan erti kata lain, Kerajaan Negeri telah bantu bayar subsidi tambahan kepada Padi MyGAP sehingga Beras MyGAP yang berkualiti tinggi dan selamat dimakan akhirnya dapat dihasilkan dan dijual dengan harga seperti beras biasa walaupun kualitinya berbeza.
7. Program Beras MyGAP Kerajaan Negeri ini juga telah membantu survival Kilang Padi Konsortium LPP milik Persekutuan dalam persaingan untuk mendapatkan bekalan padi. Dengan adanya 4 buah kilang padi di Besut, persaingan untuk mendapatkan bekalan padi sebenarnya agak tinggi. Tambahan pula kilang milik swasta menawarkan kadar potongan yang lebih rendah. Dengan adanya program MyGAP ini, sekitar 500 ha padi MyGAP kita telah bantu untuk dihantar ke Kilang Konsortiun LPP. Pesawah yang hantar padi ke kilang lain tak akan dapat insentif Kerajaan Negeri RM105/tan padi kerana padi mereka tidak berjaya menghasilkan beras MyGAP.
8. Selama kira-kita 3 musim Program Beras MyGAP dengan jenama BERAS GANU berjalan lancar sehinggalah Kerajaan PN bertukar kepada Kerajaan Madani.
9. Selepas peralihan tampuk kepimpinan di Kementerian Pertanian, beberapa kenyataan bernada memperlekehkan usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam menghasilkan jenama BERAS GANU telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kita memahami dari nada kenyataan tersebut bahawa KPKM tidak gembira dengan sedikit kejayaan Terengganu. Usaha Kerajaan Terengganu bukan hanya tak disokong malah diperlekehkan.
10. Kemuncaknya ialah, berlaku sabotaj dari Kilang Padi Konsortium LPP apabila Beras MyGAP yang sepatutnya dibekalkan kepada TADC untuk dibungkuskan dengan jenama BERAS GANU telah dijual kepada pihak lain. Hanya 30% sahaja dijual kepada TADC. Dari jumlah padi MyGAP musim 2023 yang telah dibayar insentif oleh Kerajaan Negeri Terengganu, Kilang Konsortium hanya membekalkan 120 metrik tan beras sahaja kepada TADC dari jumlah keseluruhan 840 metrik tan yang sepatutnya dibekalkan. Bakinya telah dijual kepada pihak lain tanpa dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri. Untuk makluman, bekalan Beras MyGAP kepada TADC dibayar dengan harga sama sebagaimana kilang jual kepada syarikat lain.
11. Kita yakin sabotaj ini bukan keputusan Kilang Konsortium LPP secara bersendirian. Sedia difahami retetan senario sebelum berlaku sabotaj. Ia suatu agenda dari pihak yang lebih atas.
12. Panas sampai ke petang yang diharapkan rupanya hujan disiang hari. Kerjasama dengan Kilang Konsortium LPP tak mampu diteruskan lagi. Kerajaan Negeri telah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan ganti Beras MyGAP dari padi yang telah dibayar insentif oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah hak kita.
13. TADC sebagai GLC Negeri yang melaksanakan Program BERAS GANU belum ada kilang padi. Kita hanya ada kilang pembungkusan beras buat masa ini. Di kilang inilah beras MyGAP dibungkus dan seterusnya diedarkan. Way forward kita ialah untuk TADC memiliki kilang padi sendiri.
14. Pelajaran mahal yang kita pelajari dari peristiwa ini ialah, dalam rantaian pengeluaran, kita tak boleh bergantung kepada pihak lain yang tidak berniat baik terhadap kita. Kita mesti mampu berdikari dan menyediakan semua keperluan dalam rantaian pengeluaran sendiri.
15. Doakan agar BERAS GANU akan kembali semula ke pasaran dalam tempoh masa terdekat insya-Allah. Jenama BERAS GANU tak mati cuma kita perlu buat penstrukturan semula berdasarkan situasi semasa.
Dr Azman Ibrahim