MRIP SIFAT KHAWARIJ.

 

Setelah hampir 24 jam viral saudara Hezry mengakui bahawa itu adalah tulisannya. 








Beliau akui itu pandangan peribadi.


Saya tetap merasakan pandangan itu mirip sifat khawarij kerana mempertikaikan dan menuduh YDPA tidak amanah dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Islam. 


Walhal YDPA telah membuat lebih dari yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan juga dah ambil tindakan wajar dan keras mengikut lunas undang-undang. 


Tindakan beliau menulis status tersebut sememangnya mempunyai tindakan menghasut. Ianya seperti yang saya tandakan dengan warna merah.


Apa lagi beliau mahukan dari YDPA dan Pemangku Sultan Johor? Sehingga sanggup menghina Tuanku di Negeri Tuanku sendiri? Sudahlah beliau bukan anak Johor. Sungguh biadab tindakan beliau.


Apa pun, suka saya ingatkan, walaupun doa ni adalah hak individu, namun Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda yang bermaksud,


 "Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu serta yang sentiasa kamu doakan dan mereka pun selalu mendoakan kamu." (Hadis riwayat Muslim)


Doalah, dengan kebaikan, kerana sesungguhnya doa itu akan kembali kepada kamu.