Jamzuri Ardani
Kawan saya cakap, "kita jangan berlembut sangat dengan orang kafir, nanti dia pijak kepala kita."
Well ... secara umum kata-kata ini tidak salah. Sama juga dengan kata-kata, "ibubapa jangan berlembut sangat dengan anak-anak, nanti anak-anak tak tau hormat ibubapa".
Pun begitu kata-kata ini akan jadi problematic bila ianya difahami dan digunakan dalam konteks yang salah. Ia boleh menimbulkan kecurigaan dan syak wasangka. Ia juga boleh menanam bibit-bibit perpecahan dan persengketaan jika tidak diurus dengan baik.
Setengah orang mungkin mengambil faham dengan maksud, bila orang hina agama kita kita mesti hina agama dia balik. Bila orang tidak hormat kita, kita pun kena ada sikap kurang ajar terhadap mereka. Orang bersikap keras, kita pun kena keras.
Seorang cendikiawan pernah berkata, "jangan kamu menjadikan seterumu sebagai guru".
Kita umat Islam punya panduan untuk bertindak dalam setiap keadaan berdasarkan nas Al Quran dan sunnah Nabi SAW. Maka itu, bertindaklah mengikut ilmu bukan mengikut emosi kerana iblis sentiasa mencari ruang untuk memperdaya manusia.