Hilang punca, Umno barangkali akan hilang terus di pilihan raya akan datang!
Sokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilang
Oleh Sarajun Hoda Abdul Hassan
Umno, sebuah parti yang kononnya pelindung hak dan kepentingan
kaum Melayu sejak merdeka, dijangka akan kehilangan Pahang, kubu kuat
politiknya, pada pilihan raya umum akan datang.
Demikian dapatan tinjauan oleh Merdeka
Center for Opinion Research.
Undi
etnik Melayu nampaknya telah beralih kepada Perikatan Nasional dalam masa hanya
setahun.
Umno
telah pun kehilangan kubunya di Pulau Pinang (rakan gabungan Barisan Nasional
ketika itu, Gerakan, tidak pernah menguasai Pulau Pinang sepenuhnya), Selangor
dan Kelantan sejak beberapa tahun lalu. Parti dominan BN itu kemudiannya turut
kehilangan Perlis, Kedah dan Terengganu.
Memandangkan
peningkatan undi untuk Perikatan Nasional dalam enam pilihan raya negeri tahun
lalu, hanya segelintir orang yang akan terkejut jika lebih banyak negeri jatuh
ke pangkuan pakatan pembangkang.
Nampaknya,
tiada apa yang dapat menghalang nafsu politik PN yang rakus daripada terus
melanggar kubu kuat Umno dan mengekalkan momentumnya sehingga pilihan raya umum
akan datang.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign
up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a
regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Banyak
kerusi yang telah lama dipegang oleh Umno jatuh seperti domino dalam pilihan
raya negeri tahun lalu. Parti itu juga gagal mengumpulkan penyokongnya untuk
mengundi gabungan Pakatan Harapan, rakan BN dalam “kerajaan perpaduan”.
Pada
pilihan raya umum 2022, PN mengalahkan Umno 17-16 di kerusi Dewan Undangan
Negeri Pahang. (PN juga menawan tujuh kerusi parlimen di Pahang berbanding lima
kerusi untuk Umno.) Umno akan kehilangan kerajaan negeri jika tidak kerana
sokongan daripada PH, yang memenangi lapan kerusi. PH membalas sokongan yang
diterima daripada BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan memberi
sokongan kepadanya di peringkat negeri Pahang,
Adakah
Pahang akhirnya akan jatuh ke tangan PN pada pilihan raya umum akan datang? Melihat
kepada peta pilihan raya, serangan PN datang dari arah Terengganu, negeri di
mana rakan gabungan PN, Pas, menyapu bersih semua kerusi.
Menariknya,
Umno berpendapat satu-satunya cara ia boleh pulih dari segi politik adalah
dengan berpegang kepada seorang individu yang hampir memusnahkan parti dan
negara secara berseorangan – Najib Razak. Parti itu melakukan segala yang
mungkin untuk membawanya pulang ke dunia politik secepat mungkin. Umno fikir
para pengundi Melayu, yang akan tertarik dengan karisma palsu Najib, akan
kembali beramai-ramai mengundi partinya.
Tetapi
‘diskaun’ hukuman yang diberikan kepada Najib oleh Lembaga Pengampunan tidak
diterima baik. Lebih ramai orang terkejut apabila mengetahui nampaknya terdapat
layanan khas melibatkan kedaulatan undang-undang dan sistem keadilan kita. Jika
anda seorang miskin dan mencuri makanan, seringkali tidak akan ada belas
kasihan dan anda mungkin akan dihukum dengan berat. Tetapi bagi golongan
bangsawan dan ahli politik, betapa korupnya mereka, mereka mungkin mendapat
‘diskaun’ besar – dan mungkin juga layanan VIP di penjara?
READ MORE: Minorities are not mere votes
Umno
tahu undi para etnik minoriti di Malaysia, yang marah dengan politik toksiknya,
telah pun banyak hilang. Lihatlah desakan boikot KK Super Mart oleh ketua sayap
pemuda Umno yang tidak berhemah, Dr Muhamad Akmal Saleh, dan betapa cepatnya
kepimpinan Umno menyokong gesaannya yang semberono itu.
Sokongan
kepada ahli politik Umno sebegini daripada pengundi separa bandar semakin
merosot sedangkan undi bandar telah pun lama hilang.
Orang
yang tahu tentang politik serta yang telah dilukai oleh rentetan politik toksik
yang melulu sebegini tidak akan mudah melupakan buli dan penghinaan yang
diterima dari partinya.
Oleh
itu, kelangsungan Umno hanya bergantung kepada usaha merebut semula undi Melayu
daripada PN. Namun, ia adalah sesuatu yang sukar. Enam pilihan raya negeri
tahun lepas menunjukkan – dan ia telah disahkan oleh tinjauan Merdeka Center –
bahawa undi Melayu tidak berhenti-henti mengalir kepada PN.
Umno
barangkali masih boleh mengawal politik di kampung Melayu melalui komplot
politik yang digerakkan di peringkat majlis tempatan, peruntukan kewangan di
peringkat persekutuan dan kelulusan projek.
Namun,
ruang yang lebih berkuasa sebenarnya adalah masjid, surau dan acara keagamaan
Islam di mana pendakwah PN cukup memegang erat jiwa Melayu.
Bukanlah
sebuah kebetulan presiden Umno itu diberikan portfolio Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian ini bertanggungjawab ke atas pembangunan
luar bandar (baca kampung, tempat tinggal ramainya orang Melayu), pembangunan
masyarakat, bumiputera, pekebun kecil dan pemulihan tanah.