MSO
Jubir kabinet Fahmi Fadzil memaklumkan Muslim World League dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei.
Persidangan itu akan menghimpun para ulama bagi membincang pelbagai masalah berkaitan Islam dan umatnya seperti ekstramism dan sebagainya. Persidangan itu adalah penerusan kepada persidangan sebelum ini.
Sepatutnya disamping mengadakan persidangan bertaraf internasional, wajar juga kalau Jabatan Kemajuan Islam bersama dengan badan agama lain seperti Persatuan Ulama Malaysia (PUM) turut mengadakan persidangan ulama peringkat kebangsaan, himpun juga para ulama yang ada dalam negeri ini khasnya yang mewakili Ngo atau persatuan tertentu.
Mereka juga perlu dipersatukan dalam satu majlis bagai menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi umat Islam di negara ini khasnya dalam pertikaian tanpa kesudahan mengenai aliran pegangan dan pemikiran, amalan tariqat dan juga pencampuran elemen agama dalam politik yang kian berleluasa.
Saya kira para ulama dan bijak pandai agama dalam negara ini juga ternanti nanti dan tunggu majlis bertaraf kebangsaan sebegitu bagi membincangkan masalah agama di peringkat kebangsaan.
Kita harap selepas ini akan menyusul majlis
seumpama itu. Kepada saya lebih afdal kalau kita menuntaskan dahulu segala permasalahan yang ada dalam negara sebelum berusaha untuk menjadi hero menangani masalah serantau dan dunia. Trims.