ADA ORANG TIDUR TAK LENA....

 

Najib Bakar




Semalam aku pi IPD Gombak selepas dihubungi Inspektor A**** untuk update kes Suffi Kamari.


Pihak polis nampak status aku di FB bertanya soalan tentang update kes tersebut.


Gambar kedua tu adalah asas laporan polis aku pada 3 Mac 2023, di mana Suffi mempertikai dan merendahkan Istana Negara dan YDPA.


Semalam baru aku tahu, rupanya sehari selepas laporan aku, iaitu pada 4 Mac 2023, seorang pegawai polis di Kuala Lumpur juga membuat laporan ke atas Suffi di atas isu yang sama.


Maksudnya, pegawai polis pun beranggapan twit si Suffi ni melampau.


Ya lah, pihak Polis mestilah jaga Institusi Diraja, nama pun Polis Diraja Malaysia. Bila ada jenis melampau macam Suffi ni, depa pun geram dan cemus.


Najib. Bakar



Susulan itu, Suffi dipanggil beri keterangan di Bukit Aman (kes melibatkan YDPA akan disiasat unit D5 Bukit Aman) pada 23 Mac 2023, telefon Redmi Note 11 dia dirampas.


Oleh sebab siasatan polis berdasarkan laporan dari pegawai polis pada 4 Mac 2023, bukan berdasarkan laporan aku, pihak polis tak perlu update aku status siasatan.


Kalau tanya aku, apa yang akan terjadi pada Suffi mengenai kes ni, terus terang aku tak tau.


Ia bergantung kepada Pejabat Peguam Negara, kalau nak caj di Suffi ni di mahkamah atau tidak.


Cuma bagi aku, satu kepuasan juga bila dapat tahu pegawai polis sendiri buat laporan ke atas Suffi.


Adan uke.