Pagi ini di Dewan Rakyat semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), saya bangun dan menjawab dua soalan mengenai:
Soalan 1:
💵 Dampak kepada kos sara hidup dan industri sesudah kenaikan SST, dan jangkaan hasil dari pengenalan cukai baharu pada 2024.
➡️ Dalam soal ini, Kerajaan mengambil pendekatan yang progresif di mana ia tidak melibatkan sejumlah besar rakyat dan perubahan dasar yang ketara HANYA melibatkan cukai perkhidmatan dan cukai jualan KEKAL dengan skop dan cukai sedia ada.
➡️ Kerajaan mengenakan serta menumpukan penambahan hasil dari kumpulan yang berkemampuan sambil Kerajaan berusaha memampan dan mengelak dampaknya kepada rakyat.
➡️ Justeru, perubahan dasar cukai perkhidmatan ini tidak memberi dampak yang ketara dengan anggaran sekitar 0.2 mata peratus. Kerajaan turut mengecualikan perkhidmatan asas seperti makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kenderaan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan penumpang darat dan laut, pengangkutan penumpang udara bagi Rural Air Services di Sabah dan Sarawak, logistik makan minum, bekalan air, bekalan elektrik di bawah 600kWj bagi rumah kediaman, dan bekalan elektrik kepada premis perniagaan.
Kerajaan menjangkakan penambahan hasil berjumlah RM3 bilion ringgit.
Soalan 2:
🏭 Nama syarikat-syarikat dari Australia dan Jerman serta sektor-sektor industri yang akan dibangunkan; dan perencanaan Kerajaan bagi mempertingkat nilai dagangan khususnya eksport bagi tahun 2024.
➡️ Antara syarikat-syarikat Australia yang telah memberikan komitmen pelaburan di Malaysia: AirTrunk, NextDC, LaTrobe Magnesium, Arnott’s, dan Cochlear Ltd yang merangkumi sektor pusat data, alat peranti perubatan, industri keluli dan pembuatan makanan dengan potensi pelaburan dijana sebanyak RM24.5 bilion.
➡️ Potensi pelaburan daru Jerman meliputi industri tenaga, pelbagai industri pembuatan termasuk semikonduktor, aeroangkasa, produk kimia, peranti perubatan dan sektor automotif. Syarikat-syarikat tersebut adalah Siemens Energy, Infineon Technologies, Airbus, B-Braun, BMW, Nexperia dan Delo Chemical dengan potensi pelaburan berjumlah RM45.4 bilion.
📈 Prestasi Perdagangan Januari-Februari 2024
➡️ Trend peningkatan untuk dua bulan pertama tahun 2024 dengan pertumbuhan yang dicatatkan pada 8.3% kepada RM446.43 bilion ketimbang tempoh sama pada 2023.
➡️ Import meningkat 13.6% kepada RM212.69 bilion, menghasilkan surplus dagangan sebanyak RM21.04 bilion.
♟️Strategi bagi mempertingkat nilai dagangan khususnya eksport dan daya saing negara
➡️ Langkah intervensi akan diteruskan oleh MATRADE bagi memperkukuh promosi eksport dagangan
➡️ Mengarusperdanakan peralihan sektor tenaga ke arah mencapai sasaran pelepasan gas rumah hijau sifar bersih melalui NETR
➡️ Mewujudkan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (Invest Malaysia Facilitation Centre-IMFC)
#MalaysiaMADANI