PBSL

 



Kerajaan Madani secara prinsip hari ini bersetuju memulakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah (home detention) kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah.


Ia sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara khususnya libatkan penghuni penjara yang  berpenyakit kronik, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu mengandung.