MOHON BANTUAN UNTUK KELUARGA INI. MEREKA PERLUKAN BANTUAN ANDA SEMUA


 Assalammualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera.



Sahabat Khairul Idhham  dari Taman Desa Baru, Melaka dengan rendah diri memohon bantuan daripada Tuan / Puan untuk membantu mengumpul dana kos rawatan anaknya NUR KAYLA AZZAHRA BINTI MOHAMED KHAIRUL IDHHAM yang mengalami penyakit BILIARY ATRESIA (BA) sejak dari lahir.


Rawatan ini adalah untuk pembedahan bagi membuang duktus hempedu yang rosak dan penyambungan bahagian usus terus ke hati supaya hempedu dapat mengalir dari hati terus ke usus. Pembedahan pemindahan hati ini dari ibunya perlu dilakukan untuk mengelakkan hati menjadi lebih teruk. 


Atas penerangan lanjut daripada Doktor yang merawatnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pembedahan ini perlu dilakukan dengan segera di Hospital Renji di Negara China  dan kos pembedahan dan rawatannya dianggarkan berjumlah RM 250,000.00 dan ianya melebihi daripada kemampuan beliau.


Pembedahan ini perlu dibuat segera dan ianya juga bergantung kepada keupayaan kewangan beliau.


Sehubungan dengan itu, dimohon Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada beliau yang sedang diuji dengan sakit anaknya ketika ini bagi menampung kos pembedahan tersebut.


Bantuan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun beliau seperti di bawah :


Nama Akaun : Mohamed Khairul Idhham Bin Khairuddin

No Akaun : 569963044145

Nama Bank : Maybank

Keterangan : Bantuan Khayla

no telefon :  018-3705480


Semoga dengan sumbangan dari Tuan / Puan dapat membantu meringankan kewangan beliau dan mendapat ganjaran berlipat ganda dari Allah.


Sama2 kita mendoakan agar adik Khayla dikurniakan kesembuhan dari penyakit yang di alaminya serta dipermudahkan urusan pembedahannya.


InshaAllah.


ARIF FAIZ BIN ZAINUDIN

TAMAN DESA BARU, MELAKA

8 Mac 2024