Menteri Dalam Negeri akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Kelantan dalam usaha menghapuskan kewujudan pangkalan haram yang berisiko menjadi laluan sebarang bentuk penyeludupan.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan pembentangan agensi perisikan keselamatan bukan sahaja isu permasalahan dan ancaman malah mencadangkan agar satu jalan keluar dapat dirumuskan mengenai status pangkalan haram di kawasan sempadan utara negara kita dengan negara jiran.