Bekas pensyarah yang juga MB Terengganu kata Kerajaan Madani fail, baik objektif dan subjektif.
Itu adalah penilaian beliau, kepada sebuah kerajaan yang belum cukup sepenggal.
Saya ulangi. ..belum cukup sepenggal.
Mari kita lihat "kejayaan" Terengganu penggal lepas. Ingat ya MB Samsuri dah perintah sepenggal penuh
Sepanjang sepenggal Terengganu dibawah MB Samsuri, Kerajaan Pusat telah memberikan royalti tunai sebanyak RM6.778 billion.
Apa ya Samsuri buat pada duit ini?
Statistik menunjukkan di Terengganu masih terdapat 10 ribu miskin tegar.
Kalau MB Samsuri bijak, buat program macam IPR...tentu dah terhapus miskin tegar di Terengganu. Malah kalau dia bagi elaun RM1000 untuk setiap keluarga, hanya RM10 juta sahaja yang diperlukan setahun.
Nampaknya MB Samsuri GAGAL. dan tiada perancangan.
Dari segi pelaburan pun..Terengganu tidak menyerlah.
RM 6.7 billion gagal MB Samsuri gunakan untuk sediakan suasana kondusif untuk pelaburan dan gagal buat projek yang menguntungkan Terengganu.
Nampaknya sekali lagi MB Samsuri GAGAL.
Kegagalan MB Samsuri yang terserlah ini menyebabkan Kerajaan Madani terpaksa uruskan duit royalti dengan projek-projek yang menguntungkan rakyat. Ini diakui oleh MB Samsuri dalam podcast bersama KJ.
Seperti mana kita tahu Parlimen Kuala Terengganu dan Kemaman telah digugurkan dan dibuat pilihanraya semula akibat rasuah.
Siap ada video, sumpah undi Pas dan dapat duit. Hmm banyak ya duit Pas Terengganu..
Eloklah kerajaan persekutuan uruskan duit royalti daripada kes seperti ini berulang.
Kesimpulan,
MB Samsuri GAGAL ✅️
Uruskan miskin tegar ❌️
Tarik pelaburan ❌️
Buat projek berimpak tinggi❌️
Muhammad Fairul Al Qasas
Jengka
#KPKualaKrau
#PeneranganPKRPahang
#MalaysiaMadani
#KerajaanPerpaduan
#PMX