Masyarakat seharusnya menjaga kebersihan kerana negara ini merupakan tanah tumpah darah bagi mereka, pesan Mohd Sany Hamzan (Harapan-Hulu Langat) di Dewan Rakyat.
Malah, Howard Lee (Harapan-Ipoh Timor) menyambut saranan Sany dan mencadangkan agar kerajaan menggunakan dron untuk memantau aktiviti membuang sampah secara haram.