𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 (𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔$) 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗠𝗔𝗪𝗟𝗔 𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧.




YB Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) membangkitkan isu Mawla di Dewan Rakyat kerana menurutnya menimbulkan keresahan rakyat.


MP tersebut membangkitkan persoalan pendirian Menteri Agama dalam persoalan ini dan tindakan Wisma Putra seterusnya. JAKIM diketahui telah menafikan menerima sebarang dokumen mengenai nasab Mawla dari pihak yg mempromosikan lelaki itu.


Dari komen-komen puak PNtaksub Mawla yakni maw la unta & maw la untit, adalah dipercayai rata-rata mereka adalah 𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 dan PNtaksub 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗙𝗜𝗞𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 tak rasa marah ke dgn MP PERTIKAIAN Nasional tu?? 


Err...𝗧𝗮𝗸𝗻𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵 𝗠𝗣 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗡 𝘁𝘂 "𝘄𝗮𝗵𝗮𝗯𝗯𝗶" 𝗸𝗲 macam semua yg ragu-ragu dgn Mawla tu dituduh? 😂


Jangan TAKSUB.


- Zus Din 

04032024

*****************

𝗜𝘀𝘂 𝗠𝗮𝘄𝗹𝗮 𝗔𝗺𝗶𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁

Skuad Khas Harian Metro

am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur : Isu pendedahan kegiatan seorang lelaki yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani atau Mawla Amin seperti didedahkan muka depan Harian Metro baru-baru ini dibawa ke Dewan Rakyat hari ini.


Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) ketika memegang akhbar Harian Metro berkata, pendedahan yang dibuat itu menimbulkan keresahan kerana status sebenar lelaki berkenaan masih diragui sehingga kini.


"Malah, tindakan mempromosi keturunan Rasulullah SAW di seluruh negara itu juga menimbulkan pertanyaan apakah wujud manipulasi menggunakan lelaki berkenaan walaupun pihak berkuasa di Maghribi dikatakan sudah mengeluarkan surat berhubung status Mawla Amin".


"Penganjur iaitu pihak yang bertanggungjawab membawa Mawla Amin ini mendakwa sudah menyerahkan dokumen kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun perkara itu dinafikan oleh Jakim baru-baru ini," katanya semasa sesi perbahasan titah diraja.


Mengulas lanjut, Roslan turut membangkitkan persoalan pendirian Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengenai isu ini dan tindakan yang mahu dibuat oleh Wisma Putra.


"Setakat ini apakah pendirian Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung isu ini.


"Apakah Wisma Putra juga sudah menyenaraihitamkan lelaki ini sehingga siasatan statusnya selesai dan apakah ada pengesahan dari Kerajaan Maghribi berhubung isu ini memandangkan Mawla Amin ini kerap berada di negara kita," katanya.


Pada 18 Februari lalu, akhbar ini secara eksklusif memaparkan pendedahan berhubung sebuah madrasah yang mempromosikan individu didakwa warga Maghribi berkenaan.


Pendedahan secara bersiri itu juga mendedahkan bahawa lelaki dikenali Mawla Amin bukanlah keturunan Nabi Muhammad SAW yang ke-38.


Pendedahan eksklusif akhbar ini turut turut menerima reaksi daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bahawa individu terbabit sering keluar masuk Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial, dan berada di negara ini selama 90 hari.


Sebelum itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM sedang memantau pergerakan Malwa Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.


Memetik laporan berkenaan, Razarudin dipetik berkata, hasil maklumat yang diterima, mereka juga sudah membeli sebidang tanah yang agak besar iaitu 11 hektar sedangkan pengikutnya bukan dari kalangan orang yang berada namun bergantung dengan kutipan daripada dana awam.


Susulan itu juga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memaklumkan tidak menerima sebarang dokumen berhubung nasab individu yang dikenali sebagai 'Mawla Amin' seperti didakwa pihak tertentu.


Disiarkan pada: Mac 4, 2024 @ 5:25pm

News link : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1066765/isu-mawla-amin-dibawa-ke-dewan-rakyat