Timbalan Menteri Besar Kelantan pun menipu juga.



Kenyataannya "saya yakin mereka akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri untuk melakukan sesuatu yang sama" adalah jelas pembohongan dan mengelirukan rakyat.


Pertama sekali, tindakan mencabar enakmen jenayah Syariah Kelantan ini bukan kerja kerajaan pusat atau mana-mana parti dalam PH. Ia adalah tindakan 2 individu. Dan mereka itu adalah rakyat Kelantan.


Kedua, mereka mencabar enakmen itu sebagai rakyat Kelantan, bukan sebagai ahli politik, kerana mereka rasa tindakan DUN Kelantan meluluskan enakmen itu tidak berperlembagaan.


Maksudnya, ini tindakan anak Kelantan yang tak puas hati kerajaan Kelantan luluskan undang-undang untuk negeri Kelantan yang mereka tak layak untuk luluskan. 


Faham setakat tu?


Ketiga,  ini bukan tindakan mencabar mahkamah syariah. Sebaliknya mencabar 18 seksyen dalam enakmen jenayah syariah Kelantan. Mereka cabar seksyen yang baru, bukan seksyen yang sedia ada.


Ini bermakna kesalahan syariah seperti berzina, berkhalwat dan sebagainya, yang tidak termasuk dalam Kanun Keseksaan Persekutuan, tidak dicabar sama sekali. Semuanya kekal seperti biasa.


Keempat, apabila undang-undang yang telah ada sebelumnya tak dicabar, macamana TMB Kelantan boleh yakin usaha ini akan bergerak dari negeri ke negeri? Sedangkan negeri lain tak buat pindaan dengan memasukkan jenayah dalam Kanun Keseksaan ke dalam undang-undang negeri?


Mudah ceritanya begini. Kalaulah DUN Kelantan tak buat pindaan enakmen jenayah syariah tu, dah tentu cabaran undang-undang ini tak akan berlaku.


Dan negeri lain tidak ada yang sekelakar Kelantan yang cuba mengatasi kuasa pusat. Jadi takkan ada la usaha cabaran sebegini di negeri lain. Faham?


Jadi nampak tak betapa jahatnya pemimpin PAS yang menipu demi mengelirukan rakyat. Bila pemimpin tak jujur mentadbir negeri, bersedialah untuk hadapi kehancuran. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.