JENUH DAH AJAK TIKTOKER... PENAKUT.. PAPAGOMO KA.. PARPUKARI KA... YB VIRAL... LAGI TAK GUNA...
PUAD ZAKARSHI TAK KAN TAK MAHU. DAH GELAR RAJA FORMULA LA BAGAI. CUBA SAMBUT POTCAST DENGAN MENTERI RAFIZI... KA HANG TAKUT JUGAM?
Usaha berterusan dari pejabat saya untuk mendapatkan seorang wakil dari Perikatan Nasional masih belum berhasil. Kami akan terus menjemput tetapi setakat ini nampaknya ia seperti menunggu bulan jatuh ke riba.
Sementara itu, saya akan terus memberi ruang kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk bersemuka. Dari episod-episod sebelum ini, ada yang menggunakan peluang ini untuk mengkritik, mendapat pengesahan, ada yang bertanya dan ada yang memberi pandangan.
Saya sedia maklum pandangan yang berbeza-beza mengenai tindakan saya memberi ruang bersemuka ini.
Ada satu pandangan yang mengkritik bahawa ini bukanlah tugas seorang menteri, kerana menteri sepatutnya menumpukan masanya sebagai menteri. Tugas memberi penerangan dan berdepan dengan kritikan ini sepatutnya dijalankan oleh media rasmi kerajaan seperti RTM.
Sebenarnya, setiap program yang disiarkan RTM melibatkan wang rakyat. Tidak silap saya, setiap minit program yang disiarkan di RTM menelan belanja sekitar RM2,000 (boleh disahkan dengan RTM sendiri).
Jika seorang menteri seperti saya secara berterusan menuntut supaya saya terus muncul di RTM tiap-tiap minggu, bermakna kos penyiaran dihabiskan kepada saya sahaja, sedangkan RTM mempunyai tanggungjawab yang besar meliputi seluruh kementerian dan negara.
Itulah salah satu sebab saya mengambil keputusan memulakan podcast sendiri, supaya usaha menyampaikan maklumat dari Kementerian Ekonomi dibuat tanpa melibatkan peruntukan dan wang rakyat.
Ini akan memberi kebebasan kepada saya menjemput lebih ramai rakyat biasa untuk bersuara dan membincangkan isu-isu ekonomi dan rakyat.
Sama juga dengan usaha menjawab serangan dari aktivis maya pembangkang.
Ia tidak wajar diserahkan bulat-bulat kepada aktivis maya pro-kerajaan kerana tugas itu patut dipikul juga oleh pimpinan politik seperti saya. Kami yang menteri ini perlu turun padang untuk sama-sama menepis, bukannya duduk di pejabat dan berharap kerja-kerja menyampaikan maklumat ini dijalankan oleh aktivis maya pro-bono yang tidak mendapat apa-apa dari usaha mereka.
Malam ini, untuk Episod 3 Yang Bakar Menteri, tetamu seterusnya adalah Faiz Azmi, pengasas Financial Faiz yang aktif memberikan penerangan menerusi platform beliau terutamanya tentang topik-topik celik kewangan. Komen-komen beliau banyak menyentuh dasar dan program ekonomi Kerajaan Madani dan juga isu-isu kewangan rakyat yang sering menjadi perbualan masyarakat. Malam ini beliau diberi peluang untuk mengkritik dan membakar saya secara berdepan. Saudara Faiz juga adalah seorang usahawan digital, jadi saya rasa beliau akan membakar saya mengenai kesusahan yang dihadapi oleh usahawan-usahawan digital seperti beliau.
Jangan lupa ikuti sesi membakar malam ini bermula jam 8 malam di semua saluran media sosial – Facebook, Youtube, X dan Tiktok. Episod 3 YBM juga akan dimuatnaik di Spotify.