Prisoner
Najib Razak
Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada
keputusan Lembaga Pengampunan berhubung kes bekas Perdana Menteri Najib Razak
yang diberikan pengurangan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada 6 tahun dan
denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Walaupun
Lembaga Pengampunan mempunyai hak perlembagaan untuk memberi pengampunan,
Bersih berpandangan keputusan ini akan memberi kesan besar kepada kepercayaan
seluruh rakyat berhubung sistem keadilan negara.
Mengapakah
kes Najib diberikan keutamaan untuk dipertimbangkan sedangkan hari ini masih
ramai mereka yang dipenjara khususnya dari kalangan rakyat yang masih menunggu
peluang untuk mendapatkan ruang pengampunan?
Negara
tidak boleh memberi isyarat bahawa pemimpin politik yang melakukan kesalahan
dan disabitkan bersalah boleh mengambil jalan pintas untuk bebas dari hukuman,
seolah-olah ada undang-undang dua darjat untuk orang biasa dan orang atasan.
Mahkamah
Persekutuan pada tahun 2022 telah mengekalkan sabitan terhadap jenayah yang
dilakukan oleh Najib yang menyeleweng wang negara sebanyak RM42 juta dalam kes
SRC International dan menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda
RM210 juta.
Sabitan
ini sangat jelas menunjukkan bahawa Najib telah merompak wang negara dan di
pihak Bersih, kami tidak melihat kewajaran untuk mengurangkan hukuman penjara
mahupun denda yang disabitkan.
Justeru,
Lembaga Pengampunan wajib menjelaskan alasan-alasan pengurangan hukuman kerana
kesalahan beliau melibatkan penyelewengan wang negara yang berjumlah jutaan
ringgit.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice,
Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a
one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Bersih
sebelum ini telah melancarkan satu petisyen pada tahun 2022 untuk mengumpul
pandangan rakyat terhadap isu pengampunan Najib Razak.
Petisyen
yang telah ditandatangani oleh lebih 150,000 rakyat Malaysia mencerminkan
sentimen rakyat yang sangat kuat untuk menolak pembebasan Najib atau mana-mana
pemimpin politik yang disabitkan kesalahan rasuah dan pecah amanah. Petisyen
ini boleh diakses di pautan di
sini.
READ MORE: Pelepasan Zahid Hamidi: Rakyat
perlukan penjelasan
Bersih
juga menegaskan semula tuntutan kepada pihak peguam negara dan kerajaan
persekutuan supaya menetapkan polisi untuk menghentikan pemberian sebarang
“DNAA” – pelepasan tanpa pembebasan – kepada kes-kes rasuah yang sedang
dibicarakan khususnya melibatkan ahli politik, sementara menanti pindaan
undang-undang untuk memisahkan peranan dan bidang kuasa peguam negara dan
pendakwa raya. – Bersih
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO
statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions
expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's
official position.