MB Sempoi memang handal bab buat lawak bodoh. Almaklum dia sendiri pun tak pernah cerdik.
Selamba dia salahkan SPRM bila pemain bolasepak Kedah tak dibayar gaji. Dia kata sebab siasatan SPRM maka penaja takut nak masuk. Sebab tu tak ada duit nak bayar gaji pemain.
Pertama, gaji pemain tak berbayar tu bukan baru lagi. Ia isu lama. Lama sebelum siasatan SPRM bermula. Takkan penaja dah tahu akan ada siasatan SPRM sebelum ia bermula.
Kedua, kalau setakat bergantung kepada penaja, nak lawan JDT macamana? Sumber pendapatan kenalah pelbagai. Contoh seperti daripada kutipan tiket dan penjualan merchandize.
Takkan MB Sempoi tak tahu? Ini benda asas dalam pengurusan kelab bolasepak. Satu dunia guna konsep ni. Kata handal sangat mengurus. Kalau benda asas pun tak tahu, maknanya memang lemah la otak dia.
Tapi satu kelebihan MB Sempoi yang susah orang lain nak lawan. Iaitu salahkan orang lain bila dia sendiri yang buat masalah. Itu memang benda yang dia tak pernah gagal untuk buat.
Tapi itulah. Dia buat benda bodoh macamana sekali pun, selagi walau gagal gunakan otak, dia tetap akan disanjung. Dan sebab itulah Kedah akan terus rebah. Bukan saja bolasepak tapi segala serbi. Tengoklah nanti. Guane boh?
Raja Gelap II
.