Alhamdulillah hari ini berkesempatan makan tengah hari di medan selera Kompleks Pertama Kuala Lumpur. Saya turut bertegur sapa dengan orang ramai serta peniaga di sekitar medan selera.
Saya amat hargai setiap maklum balas dan hasrat yang dikemukakan untuk melihat negara ini terus mencipta kecemerlangan.
Usai makan tengah hari, saya bergerak ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad untuk menunaikan solat Jumaat bersama jemaah yang hadir.
Sebelum pulang, saya bertemu rakyat di pekarangan masjid. Kawasan ini nyata mengimbau kembali detik permulaan gerakan reformasi bersama teman-teman seperjuangan.
#MalaysiaMADANI