Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa kuasa
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150
Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata meskipun
pengisytiharan Darurat dilakukan oleh YDPA mengikut Perkara 150, Perkara 150(8)
Perlembagaan Persekutuan tidak bercanggah dengan struktur asas Perlembagaan
Persekutuan dan tidak boleh dibatalkan di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan. "Walaupun peruntukan perlembagaan itu dari segi klausa
penyingkiran akan dianggap sebagai ‘menutup pintu-pintu mahkamah’ kelihatan
agak keras dan tidak adil, penyelesaiannya terletak kepada badan perundangan
dan bukan mahkamah," katanya keputusan membabitkan saman pemula difailkan
oleh peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar. Sumber Video/Berita 1. FB
Bro ISwardy 2. https://www.malaysiakini.com/news/696318