Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mendakwa kerajaan cuba merasuah beliau untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, termasuk dengan peruntukan RM1.7 juta untuk kawasannya.
Dakwaan Wan Saiful menimbulkan kekecohan apabila beberapa ahli parlimen membidas dakwaannya dan RSN Rayer (PH-Jelutong) menuntut agar beliau melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengawal situasi yang panas itu dengan meminta agar semua ahli parlimen untuk duduk dan tidak mengungkapkan perkara bersifat ‘hearsay’ di Dewan.