Sebelum ini saya telah mulakan slot #TanyaRafizi untuk membuka peluang kepada orang ramai bertanyakan terus kepada saya. Ada yang tanya tentang dasar, program ekonomi dan ada juga soalan panas.
Siri ini kini akan dibawa ke episod podcast Yang Bakar Menteri (YBM) di mana selain daripada tetamu boleh membakar terus saya dengan soalan-soalan mereka, saya juga boleh menjawab terus soalan soalan orang awam.
Soalan boleh mula ditanyakan menggunakan #TanyaRafizi dan soalan yang dikumpulkan akan dijawab pada episod yang seterusnya pada Isnin, 5 Februari 2024.