Di Jumaat penghulu segala hari, saya ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarah sahabat saya Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Namun doktor memaklumkan, beliau sedang berehat usai menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.
Saya juga sempat melawat sahabat saya Profesor Ziauddin Sardar dan berbicara berkaitan tahap kesihatannya.
Kita doakan semoga urusan kedua-dua sosok ini dipermudah dan diberikan a'fiat sesegera mungkin oleh Allah SWT.
Sebelum itu, saya sempat menyantuni masyarakat sekitar Bandar Baru Selayang untuk makan tengah hari dan solat Jumaat.
Moga kita beroleh semua keberkatan di hari mulia ini.
#MalaysiaMADANI