๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐ฃ๐ - ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ญ
#Sebarkan
1) ๐๐จ๐๐ ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐ฐ๐ฎ ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐๐๐น๐ถ๐ ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฆ๐ฑ๐ฟ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต๐ฏ๐๐ฑ๐ถ๐ป ๐๐๐๐ถ๐ป. Saya sangat faham apa yg cuba beliau sampaikan sebab sudah berkali-kali saya kritik tentang PH yg tidak peduli akan kebajikan mahu pun peluang kpd penyokong-penyokong di SocMed yg setia bersama PH samada sewaktu jatuh atau bangun.
2) Saya pernah mengkritik dalam artikel : ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐, ๐ง๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐ ๐จ๐ฆ๐จ๐ : "๐ฅ๐๐ฆ๐๐ฃ๐" ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐ข๐๐ข๐ก๐๐๐ก
Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=331159449778655&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz
3) Dato' Lokman Noor Adam dan Tuan Mohd Sayuti Omar II juga pernah mengkritik mengenai sikapMohd Sayuti Omar II tidak hiraukan akan Media parti dan Pengamal SocMed yg setia pada PH sejak dulu lagi tanpa lelah terus menyokong dan menyumbang usaha menyebarkan berita dan info tentang PH.
4) Sebaliknya ๐ ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐๐ฟ๐๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ฎ (๐ ๐ฆ๐ ) ๐๐ด ๐ง๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐, ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ธ๐ฝ๐ฑ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐๐ต๐ท ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐๐ถ ๐๐ด ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป pula ditatang bagai minyak yg penuh. Baru-baru ini ada lah sedikit perubahan bila MenKom cuba melibatkan Media Perpaduan dlm mesyuarat Komunikasi Strategik Kerajaan MADANI.
5) Namun, hakikatnya memg begitu, pengamal Media . MSM kemain diberi layanan istimewa walhal di PRU15 dulu puak tu sokong PNyakau Nasional dan kutuk PH dan BN habis-habisan. Jujurnya sejak era Reformasi saya cukup benci dgn puak MSM ni sbb pada saya ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ ๐ต๐ถ๐ฝ๐ผ๐ธ๐ฟ๐ถ๐, "๐๐ฒ๐น๐น๐ณ๐ถ๐๐ต", ๐บ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐ท๐ฎ ๐ณ๐ถ๐๐ป๐ฎ๐ต ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐ธ๐ป๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐ฑ๐ผ๐ธ ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐๐ถ๐ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐บ ๐น๐ฎ. Jika ada yg beretika dan menegakkan kebenaran kira sangat "๐ฟ๐ฎ๐ฟ๐ฒ" la.
6) ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐๐๐ ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ ๐ฑ๐ถ ๐ฃ๐ฅ๐จ๐ญ๐ฒ ๐ป๐ฎ๐ป๐๐ถ ๐ฃ๐-๐๐ก ๐ธ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต, ๐ ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐๐ฟ๐๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ฎ (๐ ๐ฆ๐ ) akan bertempiaran lari dan menyokong pemenang? Lepastu ๐ฃ๐ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฒ๐ด๐ฒ๐ต-๐ต๐ฒ๐ด๐ฒ๐ต ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ผ๐ธ๐ผ๐ป๐ด ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ๐น ๐ฆ๐ผ๐ฐ๐ ๐ฒ๐ฑ ๐๐ด ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ข๐ก๐ข dan tidak pernah diberikan apa-apa peluang pun.
- Zus Din
18012024
**************
๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ญ – ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐
Apabila PH berjaya menjadi kerajaan dan Anwar Ibrahim akhirnya tertabal sebagai Perdana Menteri, terdapat dua kelompok yang paling gembira dengan kejayaan tersebut.
Pertama, pendokong media parti dan mereka yang aktif dalam media sosial, media bebas serta media alternatif yang tidak pernah sama sekali memisahkan diri mereka daripada PH dalam menempuhi krikil-kritil tajam semua fasa perjuangannya.
Kedua, orang-orang parti yang merasakan penat lelah, peluh dan darah mereka yang tercurah selama hampir 25 tahun ini terbalas juga akhirnya.
Tetapi, setelah PH berjaya mengetuai kerajaan perpaduan, apakah nasib kedua-dua golongan itu sekarang ini?
Untuk siri 1 ini, saya ingin menulis berkenaan nasib golongan yang pertama terlebih dahulu.
Amat menyedihkan sebenarnya apabila setelah setahun mengetuai kerajaan, masih kedengaran rungutan serta keluhan bahawa mereka yang menjaga hal ehwal komunikasi dalam kerajaan perpaduan ini lebih mengutamakan media arus perdana berbanding media parti, portal bebas dan media alternatif yang selama ini banyak berjasa kepada PH.
Banyak cerita-cerita tidak enak kedengaran tentang bagaimana media parti dan media bebas lain atau wakil mereka yang dihargai oleh kerajaan semasa ini.
Sebagai sebuah kerajaan, tidak salah untuk kerajaan pimpinan Anwar ini memberi ruang kepada media arus perdana, tetapi janganlah diketepikan sama sekali media kedua itu, tambahan lagi, media kedua tersebutlah yang selama ini menyokong dan menunjangi kekuatan PH sehingga beroleh kejayaan.
Dan janganlah juga media yang ditubuhkan atas nama kerajaan perpaduan turut diketepikan, sedangkan ia mewakili semua parti dalam kerajaan dan mempunyai pelbagai platform yang tidak kurang meluas sebarannya.
Dalam hal ini, penting untuk disedari oleh mereka yang sedang berkuasa atau menjaga media serta komunikasi bahawa media arus perdana bukanlah media yang setia – kesetiaan mereka boleh tertumpah kepada sesiapa saja yang menjadi kerajaan.
Hari ini mereka bersama PH adalah semata-mata kerana ia merupakan kerajaan yang sedang berkuasa.
Jika PH diumumkan kalah pada jam 11.00 malam di malam keputusan diumumkan pada PRU16 akan datang, seminit selepas itu, media arus perdana sudah pergi kepada tuan baru dan tidak lagi memandang kepada PH.
Hakikatnya, media arus perdana bukan saja tidak pernah menyokong perjuangan PH, malah seringkali ketika PH berada di blok pembangkang dahulu, kerja mereka ialah memberi laporan yang berat sebelah serta menyakitkan hati.
Tidak ingatkah PH berapa ramai pemimpin mereka menang saman fitnah terhadap media arus perdana sebelum ini?
Lagi pula, kalau mahu dikira berdasarkan berkembangnya dunia maya sekarang ini, media arus perdana semakin mengecil pembaca serta peminatnya.
Rakyat bukan saja tidak lagi membeli akhbar bercetak dan portal media arus perdana juga jauh lebih ketinggalan berbanding portal alternatif atau media bebas dari segi jumlah pembacanya, bahkan semakin ramai yang tidak lagi mempunyai peti televisyen di rumah.
Kalau ada pun televisyen, ia hanyalah untuk menonton netflix dan acara-acara sukan saja.
Tontonan utama rakyat ketika ini ialah saluran melalui telefon bimbit masing-masing.
Selain itu, rekod media arus perdana kalau dikira berdasarkan dua PRU yang lalu, mereka boleh dianggap media yang tidak membawa tuah kepada kerajaan.
Ketika PRU14, media arus perdana berpihak kepada BN, tetapi BN kalah pada pilihan raya tersebut.
Pada PRU15 lalu, media arus perdana bersama PN, tetapi PN akhirnya tidak cukup kerusi untuk mengekalkan kerajaan dan PH yang memperolehi kerusi terbanyak sekali.
Apakah PH tidak sedar siapa yang menyumbang kepada kejayaannya dan adakah dalam PRU16 akan datang, PH awal-awal lagi mahu menempa kekalahan dengan terlalu bergantung kepada media arus perdana dan mengenepikan media kedua?
Setelah menjadi kerajaan sekarang, adalah lebih baik jika Anwar dan mereka yang berkaitan di PMO atau Kementerian Komunikasi supaya sedia melakukan sedikit reformasi dalam gerakan komunikasi dengan menggabungkan media parti, media arus perdana, media bebas dan media alternatif dalam semua aktiviti dan penyebaran maklumat tentang kerajaan.
Jangan dilupakan mereka yang setia dan media berkaitan parti kerana media inilah nanti yang akan timbul dan tenggelam bersama PH dalam apa jua keadaan.
Media arus perdana sebaliknya hanya timbul bila PH timbul, tetapi bila PH tenggelam, mereka akan timbul bersama parti lain yang timbul sebagai kerajaan.
Dengan itu, berpada-pada dalam memberi manja, takut bila masa tenggelam nanti, toleh kiri toleh kanan, PH hanya tinggal sebatang kara. – ShahbudinHusin 23/12/2023.