MALAYSIA SINGAPURA TANDATANGANJ MOU

 






Saya dan PM Lee kemudian menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kedua-dua negara mengusahakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). 


Malaysia diwakili Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli manakala Singapura diwakili Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Gan Kim Yong.


MoU ini termeterai hanya dua bulan selepas Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 pada Oktober tahun lalu, sekali gus menjadi manifestasi hubungan akrab dan komitmen utuh kedua-dua negara khususnya terkait kerjasama ekonomi. 


Malaysia dan Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar antara satu sama lain. Selain itu, Singapura juga merupakan sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) dan merupakan pelabur asing kedua terbesar Johor. 


MoU ini bakal melonjakkan aliran rentas sempadan barangan dan manusia antara Malaysia dan Singapura serta mengukuhkan ekosistem perniagaan dalam JS-SEZ untuk menyokong pelaburan. 


Usai pemeteraian MoU, saya meraikan PM Lee dan delegasi Singapura dengan jamuan tengah hari. Semoga hubungan erat Malaysia dan Singapura terus diperkukuh.


#MalaysiaMADANI